Tuesday, November 29, 2011

Pentingnya Solat....

salam guys,, em, tadi aq bukak satu website ni, n ade satu  cerita yang mengegarkan hati aku, yang membuat air mata lelaki aku jatuh. mari sama2 kita manfaati. :)




Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa
mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia
harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa
mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu meluncur di jalan
raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih 2 jam..Bersama
dengan isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki,
mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka masih
muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi
mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari
sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika
mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena.
Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan
mengantuk. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata.
Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Maghrib. Kalau
tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat
Maghrib.

"Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap." Wajah Rashid kelihatan keruh.
Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah
sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan
kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak
pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia
memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempan.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah
kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. Selalunya
Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta Atau membasahkan tekak di medan
selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan.

Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia Menghentikan kereta,
meminta Zakiah turun.

"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan.
"Kiah pergilah... abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid
mudah. Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid
memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga
semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.

"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha... terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."
"Tak apa... kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti." Zakiah tidak
membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi
jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin
mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati
tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang
lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang
keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran. Serentak dengan itu kereta
yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke
bawah.

Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha
keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak
sedarkan diri.

"Ya Allah... selamatkan kami... " bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah,
darah merah mengalir. Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah
terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana
kaki Rashid tersepit.
"Tersepit... tak boleh tarik... Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang
perempuan ke hospital." Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah
S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!" Anehnya Rashid tidak
merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa
dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.

"Tolong saya, encik... " pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap... cik... berdoa kepada Allah... cik akan selamat."
"Sabar encik... tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai." Kata-kata
memberi semangat silih berganti menusuk telinganya.Dengan keremangan malam,
Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu.Syukur. Pandangannya
tertunpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan
berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya
memegang tasbih.
"Ya Allah... selamatkanlah aku... "

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba.Pasukan bomba dengan
tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari
himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila
salah seorang anggota bomba bersuara.
"Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik... kenapa tak boleh keluar?" Usaha
untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan.
Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang
menghimpitnya.
Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya.
"Ini bukan kerja manusia macam kita... kena panggil orang yang tahu... "
terdengar sebuat pendapat. Rashid semakin gementar. Doanya tidak
putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan
seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak
melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

"Tuan... tolong saya tuan... "
"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala... "
"Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan... "
"Kamu berdoa kepada siapa?" Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki
itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk
bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim.
"Sudah tentulah pada Allah."
"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"

Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah
pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap
seperti orang yang tidak berilmu.

"Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanyamendirikan
sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak
pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah.
Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!" Tenggorok Rashid
terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas kesilapannya
selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.

Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan
Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia
menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula
terasa.Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu
bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama
kemudian dia tidak sedarkan diri.

"Abang... bang! Abang!!"
Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah
isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya
mereka mampu keluar dari bencana.

"Sedapnya tidur... naik serak suara Kiah mengejutkan abang... "
Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah!
Dia masih berada di tempat rehat.

"Kiah tunggu sekejap... abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil
terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah di
bibirnya.

Anas menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :- "ALLAH
S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS
SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID,
KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN
PADA WAKTU TENGAH MALA
M".

















sumber: http://alcapacino.blogspot.com

Monday, November 28, 2011

Wahai Sahabat..

Sahabatku... bacalah dengan hati yang terbuka.. dan ambillah sedikit iktibar... x bererti kita x call org tu kita x ingat kat dia, x bermakna kita x tegur dia kita x sayang kat dia, x bermaksud kita x rapat dgn dia kita x pernah fikir cara utk merapatkan diri dgn dia. kadang kala org yg jauh beribu batu dgn kita, org yg jarang call kita, org yg jarang senyum dgn kita, org yg kita jarang jumpa, adalah mereka yg selalu dok ingat kat kita. bersangka baiklah dgn Allah bersangka baiklah dgn mereka terutama mereka yg bersangka baik dgn Allah. salah faham adalah lumrah dlm hidup manusia. x semua org boleh baca apa yg tersirat dlm hati kita kalau kita x luahkan masakan mereka tahu x boleh expect org nak go after us each time sbb kadangkala org tu assume yg kita x mahu diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dgn soalan2 i.e bertanya khabar utk menguji sejauh mana org itu ikhlas bersahabat dgn kita adakah dia hanya Sahabat ketika ketawa atau dia sahabat ketika mengalir air mata mmg susah nak meluahkan sesuatu terutama pada mereka yg kita tidak percaya tapi x slh kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita mungkin mrk dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri sbb nnt kalau silap tanya mrk akan dikata busy body walhal mrk hanya mahu membantu apa yg terdaya hidup manusia terlalu complicated bagi mereka yg menganggap hidup ini complicated dan hidup ini mudah bagi mereka yg menganggap hidup ini mudah manusia itu bersifat ikhtiariah boleh memilih apa yg dia mahu sbb dia ada akal andai kita pilih utk hidup dgn mudah maka kita akan dpt hidup dgn mudah andai kita pilih utk hidup susah maka kita akan dpt utk hidup susah andai kita pilih utk hidup sbg pejuang maka kita akan berusaha utk hidup sbg pejuang Allah sayangkan kita Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah hanya mereka yg berakal akan menggunakannya dan mereka inilah yg mendpt petunjuk.



sumber:htttp://alcapacino.blogspot.com

Sunday, November 27, 2011

Cantiknye berTUDUNG

Assalamualaikum guys.. ary ni, aq nk kongsi sal bertudung, n diambil dari geng blogger aq. dye bnyk sgt info tntg Islam kt ctu. so, aq nk kongsi la ngn korang. :)

Sejuk mata ini memandang para remaja kita yg bertudung... .pelbagai fesyen, ada yg dililit, ada yg labuh, ada yg senteng... macam2... bertudung itu sudah baik, tapi sejauhmana tudung yg kita pakai itu boleh mencegah kita dari melakukan kemungkaran? 
Ingatlah kawan-kawanku... .
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. 
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian 
dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. 
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. 
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun 
pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi 
menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. 
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. 
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. 
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya. 
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa 
kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? 
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. 
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. 
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. 
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. 
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. 
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. 
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. 
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka 
bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. 
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya 
akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. 
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian. 
... sesungguhnya ISLAM itu cantik dan tidak ada yg lebih cantik 
darinya... .



Friday, November 25, 2011

dari teman kepada teman...

KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu. 
HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kebali kepada bentuk asalnya. 
ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya. 
SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. SAHABAT sejati menjadi pendorong impian. SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. 
KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana disitu tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh kebahagiaan... Biasalah... bagi setiap orang kerana apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang terlah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun terdibuka untuk kita. semua ini adalah disebabkan kita tak boleh terus melupakan kenangan indah begitu sahaja... .air mata yang keluar dapat dihapuskan... sementara air mata yang tersembunyi pasti menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang... 
"Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang... Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya kerana kamu bahagia... dapat mencintai seseorang... LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri... "