Friday, August 3, 2012

Tolong ~

Ingatkan aku ketika aku lupa,


Sedarkan aku ketika aku leka..


Aku hanya hamba,


Penuh duka dan dosa..


Mungkin permulaannya hina, 
tiada guna..


Tapi siapa tahu pengakhirannya paling istimewa, 


Dia yang berkuasa menentukan segalanya.

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Al Mubarak..



Dia

Hadir kembali di halaman jiwa ini

Mengubat rindu yg kian lama terpendam di lubuk syahdu

Andainya esok bukan milikku

Biarlah hari ini aku bersandar di ribamu

Buat pengubat derita dosa-dosa semalam

Kerana aku tahu ya el-mubarak

Kau dirindui oleh sekelian alam maya ini





Seandainya alam ini turut berkata-kata

Pastilah pujian meniti ditiap-tiap lisan mereka

Kerana kami di sini masih ketandusan sebuah pengharapan dan keampunan

Aku akan setia menantimu di sini

Moga ia bakal menjadi sebuah bekalan terbaik sepanjang pelayaran

Buat meniti hakikat lautan sebuah kehidupan

Salam ramadhan penuh kesucian




Dia hadir kembali setelah lama dinanti. Bukan seperti 'pungguk rindukan rembulan' yang cintanya tidak mungkin dibalasi, tetapi cinta ini seperti kekasih yang merindukan hari yang dijanjikan padanya lebih molek dari seribu bulan. Setelah lama kekurangan dalam melakukan amalan, maka inilah masa yang paling sesuai untuk menumpahkan segala rasa cinta yang bersemi.

Terkadang noda-noda dunia yang seringkali melambai-lambai, menggamit kita untuk bersamanya menyebabkan kita terleka seketika. Sedangan para sahabat sahaja sering mengadu mengenai kerisauan dengan iman mereka. Apatah lagi kita sebagai hamba di akhir zaman yang diibaratkan Rasulullah sebagai zaman umat Islam yang berkualiti buih-buih di lautan.

Umar Al-Khattab sahaja pernah bertanya kepada Huzaifah iaitu satu-satunya sahabat yang memegang rahsia Rasulullah tentang siapa golongan munafiq dikalangan orang Islam. Beliau berasa risau samaada beliau termasuk dikalangan munafiq tersebut. Subhanallah, manusia sehebat Umar sahaja risau tentang imannya.

Sekiranya kita merasakan iman kita sentiasa mantap sentiasa, maka periksalah kembali diri kita. Muhasabahlah diri kerana takut-takut kita tertipu dengan amalan yang kita kerjakan itu. Begitu juga ketika hati merasakan diri lebih baik berbanding manusia lain, maka ketika itu jugalah hati itu perlu diperhalusi agar tidak terpedaya dengan bisikan syaitan.

Semoga iman yang ketandusan selama ini dapat dibanjiri dengan nur Ramadhan yang ditunggu oleh penghuni di langit dan di bumi. Hatta mereka yang telah lama meninggalkan dunia yang fana ini juga menunggu-nunggu kehadiran bulan ini. Usah kerana sibuk untuk persiapan aidilfitri, maka kita terlupa dengan persiapan Ramadhan. Ramadhan hadir sekali setahun, belum tentu kita bernafas lagi di Ramadhan yang akan datang. Maka ambillah peluang ini untuk menambahbaikkan amal ibadat buat bekalan di 'penjelmaan' yang akan datang.

Mengapa menanti senja, baru tercari-cari jalan pulang?



Bulan Ramadhan, Bulan Ibadah. :) 

Wednesday, July 4, 2012

Jambatan Purba berusia lebih 1 juta tahun



Adam Bridge atau lebih dikenali sebagai Rama Bridge, merupakan salah satu daripada beberapa tempat misteri di dunia. Jambatan purba misteri ini ialah sepanjang 30 km yang menghubungkan antara Manand Island(Sri Lanka) dan Pamban Island (India) dan ia telah berumur kira2 lebih dari 1 juta tahun !!!

Struktur Rama Bridge sendiri sangat mudah dilihat dari atas permukaan air laut kerana kedudukannya yang tidak begitu dalam, iaitu hanya ditenggelami air sedalam 1.2 meter sahaja( ketika air surut).

Status Rama Bridge ini masih misteri , menurut tafsiran para pengkaji, jambatan ini mungkin ada kaitan dengan mitos India yang terkenal iaitu Ramayana.







Pelik kan ? Walau apa pun conclusion yang bakal dibuat oleh para pengkaji di sana, kita sebagai orang Islam wajib percaya bahawa semua ini datang dari Allah SWT... Jangan kita sesekali memesongkan akidah kita, tergelincir dari landasan agama Islam yg sebenar. :) Wallahu'alam....

Monday, July 2, 2012

Syurga DUNIA ~

Assalamualaikum pembuka bicara... Dah lama tak pergi bercuti. Last sekali aku pergi bercuti ialah di Melaka, 3-4 bulan yang lepas. Aku suka melancong, tapi melancong pada persepsi aku, TAK PERLU SHOPPING BANYAK2 mcm beli keychain 10 kilo, baju 30 helai, tu menyusahkan ABAH kau namenye. hehe.. Tapi setakat aku melancong ni la kan, pemandangan yang paling cantik yang pernah aku lihat ialah dari puncak Gunung errrrr,, ape name gunung kat Langkawi yg naik kerete kabel tu ?? x ingat lorh.. haaa, kat situ la, satu lagi kat Datai... Perghh,, naik gian aku  tengok air laut. hahaha.

 So, entry kali ni ialah pasal tempat-tempat yang indah di dunia ni ataupun dikenali sebagai syurga dunia. Sebenarnya aku kongsi dari sahabat blog lain. X salah kan lau berkongsi. OKAY stop, kite smabung sal entry Syurga Dunia ni ~

Bermulanya ~~~~














yg ni cam lam citer barbie/princess, lawa doe tmpt ni. :)







Subhanallah, cantik nye x terkate bagi aku sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ni. Aku cuma mampu pandang, bersyukur atas semua ini, sebab nak pegi ke tempat2 mcm tu, HAMPIR MUSTAHIL la kot. Memandangkan aku ni sebagai seorang pelajar. hahaha. Oh hampir lupe, aku x dapat informasi penuh tentang gambar2 ni semua sebab hanya gambar je yg tuan punye blog post, name tempat dia x tulis. Tapi takpe, x kesah pon sebab aku cuma nak tengok keindahan dia je.. hehehe. olololo so chomell.. *gedik aku. 


chalo ~

Wednesday, June 27, 2012

“Usah terlalu rapat dengan orang yang senang, sebab senang belum bermakna tenang”

Kita selalu tertipu dalam keadaan kita tidak sangka akan tertipu. Orang jahat tidak pernah memilih orang jahat untuk ditipunya tetapi dia memilih orang baik. Orang baik pula oleh terlalu baik selalu tertipu akibat terlalu sangka baik.

Selalunya orang yang berniat jahat akan mempamerkan wajah baik untuk memperdaya orang baik. Pada zaman kini terlalu kurang si jahat yang memiliki wajah jahat. Maka itu peratus orang baik yang terpedaya oleh orang jahat semakin ramai.

Suatu hari seseorang berkata, dia tawakal dengan untanya yang dibiarkan lepas sewaktu bertemu Rasulullah s.a.w. Dia sangka semua orang baik sepertinya. Tidak mungkin unta itu akan hilang dikebas orang. Tetapi apabila Rasulullah s.a.w. mengetahuinya, baginda menyuruh orang itu menambat untanya dahulu kemudian barulah bertawakal.

Bermakna tidak boleh terlalu sangka baik, ada kalanya perlu juga berasa curiga dan bersikap hati-hati meskipun di kalangan orang yang boleh dipercayai. Kadang-kadang apabila terlalu percaya di situlah musibah akan tiba.

Tatkala berhutang atau memberi hutang, tuliskanlah untuk jadi peringatan. Kalau terlalu percaya ada kemungkinan hutang itu tidak akan dibayar. Menuliskannya bukan bererti tidak percaya tetapi sebagai peringatan pada saat-saat lupa.

Terlalu percaya samalah macam istilah lurus bendul. Terlalu lurus selalunya menjadi mangsa pada jenaka manusia. Kadangkala kena ada juga rasa curiga. Curiga untuk beringat bukan curiga untuk berburuk sangka.

Seseorang berkata kepada kawannya, “Mat, tak guna simpan duit banyak-banyak. Bila kiamat satu apa pun tak guna lagi. Lebih baik engkau belanjakan duit itu. Kiamat datang tiba-tiba. Nanti tak sempat engkau belanjakan semua harta. Penat saja bekerja siang malam selama ini.”

Betul juga, fikir Mat. Maka dia membelanjakan semua wangnya. Mat akan berakhir sebagai seorang yang muflis. Kena ada rasa curiga dan tidak boleh terlalu lurus untuk menikmati hidup yang selesa. Manusia ada pelbagai ragam dan gaya. Sesetengahnya memang mencari kesempatan pada kedunguan orang lain.

Mat sepatutnya berfikir begini, bekerjalah engkau seolah-olah engkau akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah engkau seolah-olah engkau akan mati esok hari.

Kata orang tua-tua, kalau melihat air tenang usah disangka tak ada buaya. Sememangnya buaya tinggal dalam sungai yang berarus tenang. Pergerakan buaya juga penuh ketenangan. Kalau ia berehat di tebing sungai, ia bagaikan batang kayu mati – cukup tenang dan cukup baik. Namun, usah leka, sebab ekornya boleh melibas tiba-tiba. Di dalam air buaya boleh muncul di bawah air yang tenang, di daratan juga buaya boleh menyerang walaupun kelihatannya sudah mati.

Orang jahat tidak pernah memilih orang jahat untuk dijadikan mangsa. Maka jika anda baik, waspada selalu sebab anda sentiasa terdedah pada onarnya si jahat. Jika anda jahat, ketahuilah kawan-kawan anda juga jahat dan ukurlah kejahatan anda mengikut apa yang mereka lakukan.

Usah terlalu rapat dengan orang yang senang, sebab senang belum bermakna tenang. Orang tenang biasanya berilmu, orang tenang biasanya warak, orang tenang biasanya lunak, maka dekatilah dia.








~dikongsi bersama ~

Sunday, June 24, 2012

Sepi Itu Indah .....

kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri,itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi.Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi.


Jika anda terus berteka teki sedang teka teki itu tidak akan anda temui jawapannya,ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.


Maka katakanlah pada diri ,kali ini kta biarkanlah perpisahan ini,satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba rasa kehilangan dan diperlukan,antara rela dengan tidak ,walau kau lebih tahu ,tak ada yang lebih berharga selain dirimu,jua aku tak mungkin dapat melupakanmu..


Itu lebih bererti sebab ada kalanya perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan.Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan maka andalah lebih baik melangkah pergi.Adakalnya kita perlu melangkah ke belakang untuk mengorak langkah lebih pantas kedepan.Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini,kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.


Katakan,"Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta ku dapat,kenapa ada derita bila bahagia tercipta,kenapa ada sang hitam bila putih menyenangkan,aku pergi tanpa dendam,kuterima kekalahanku."


Ada waktunya sepi menjadi lebih indah kerana disaat itu kita ada ruang untuk mengingati,merindui.Cinta itu indah bila ada urusan beri dan ambil.Jika hanya memberi dan dan tidak sudi mengambil,semua urusan akn jadi payah.
Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati.Hati kita milik kita,bawa hati itu dan pergilah dari situ.







~artikel ini dikongsi daripada alcapacino. :)~

Monday, June 18, 2012

Tudung dulu dan sekarang ....

Assalamualaikum

Sekarang kita tengok, sudah ramai umat Islam memakai tudung di Malaysia ni kan, alhamdulillah. Dan tudung2 tu pulak mcm2 fesyen. Hana Tajima, Ekin, Shawl, Pashmina, Turki , Bawal, Tenggiri, Yu, Jos.. lalalalala...

Tapi point aku sekarang, adakah orang bertudung tu semuenye ikut cara Islam yg sebenar ? Mengapa Masih ada wanita yang bertudung, tapi perangai lebih teruk dari orang  x bertudung ? Aku tahu yang org x bertudung lagi berdose. Tapi jike perangai org yang bertudung lebih teruk, same je kot.

Baiklah, aku perkenalkan koronologi tudung dari era 80-90 an sampai sekarang. :)

MENGENANG tahun 80-an lalu, memang tidak ramai wanita bertudung. Bagi yang berani bertudung, terpaksa tabah melalui cabaran besar. Cabaran utama ialah menjadi bahan umpatan
masyarakat. Paling popular waktu itu wanita bertudung dikatakan berkepala botak, menghadapi masalah rambut gugur. Wanita bertudung juga dikaitkan dengan hantu atau pengamal ilmu salah. Mungkin masih ada yang ingat fenomena hantu
KUM-KUM!

Bertudung juga dituduh fanatik, sesat dan ketinggalan zaman. Begitulah kejahilan awal masyarakat tentang kewajiban menutup aurat. Rasanya sekarang tidak lagi. Namun bertudung waktu itu umpama pemelihara tingkah laku wanita secara tidak langsung.

Wanita bertudung waktu itu: (80-an - awal 90-an)1. Terlalu sedikit jumlahnya.

2. Bertudung kerana sudah tahu hukum.

3. Lebih menjaga tingkah lakunya.

4. Jika dahulu dia bergaul bebas dengan lelaki,apabila sudah bertudung, dia mula menjaga tatasusila lelaki dan perempuan mengikut Islam.

5. Memakai baju yang labuh dan longgar saja.

6. Tidak lagi menghadiri parti-parti harijadi yangpada zaman itu cukup popular dan menjadi arah aliran. Kebanyakan parti waktu itu lengkap mengundang band dan ada pesta tari menari.

7. Lebih cenderung mendalami ilmu Islam.

8. Tutur kata semakin lembut dan lunak, bibir tersenyum sebagai sedekah sesama muslim.

9. Wanita bertudung sangat dihormati lelaki. Hendak dekat pun mereka risau. Maruah wanita bertudung terlalu tinggi.

10. Amat menjaga solatnya.


Wanita bertudung alaf baru:1. Terlalu ramai jumlahnya malah lebih ramai daripada yang tidak bertudung. Alhamdulillah!

2. Tetapi bertudung kerana ia uniform sekolah.

3. Tetap berfesyen sakan walau bertudung. Fesyen nampak perut dan seluar dalam juga tidak terkecuali. Prinsipnya, kepala mesti tutup, nampak buah dada atau montoknya punggung? Itu no hal!

4. Walau bertudung, tingkah laku seperti rockers dan terkinja-kinja menari ketika menyaksi konsert merdeka atau tahun baru bukanlah halangan. Ada yang siap dijulang-julang lagi oleh teman lelaki sewaktu menyaksi pertunjukan bunga api di KLCC.

5. Bukan mahram berpegangan tangan, berasmara di taman rekreasi juga perkara biasa bagi wanita bertudung sekarang.

6. Lelaki pun tidak menghormati wanita bertudung lagi. Bukan setakat dekat, mereka bertepuk bertampar dengan wanita bertudung. Ramai yang berzina dengan wanita bertudung. Maruah wanita bertudung kini di tapak kaki.

7. Kadang-kadang pakai kadang-kadang tidak. Bertudung mengikut mood dan majlis.

8. Bersolat pun seperti di atas... .


So, adakah anda semue sedar ? Niat bertudung tu dah lari. Bertudung hanya untuk berfesyen, ataupun nak tutup rambut ? Apa jua yang kita lakukan, mesti ada niat, dan niat tu mesti baik. So renung2kanlah, kita ada akal, fikir.. :)

Ingatlah bahawa .......

Assalamualaikum,,,,,

Kita sering rasa kecewa kan, terutama semasa kita rasa diri x dihargai. Sebenarnya anda silap, banyak yang kita x tahu tentang diri kita. tak percaya ?? Jom nak gtau...

Bermulanya.....

Sesuatu yg kita x persn @ terfikir @ terduga...


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangikita dan sanggup mati keranakita


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangikita dalam beberapa cara.


3. Sebab utama seseorang membencidiri kitaadalah kerana dia ingin menjadi seperti kita.


4. Senyuman daripadakita boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai kita.


5. Setiap malam ada seseorang mengingatikita sebelum dia tidur.


6.Kita amat bermakna dalam hidup seseorang.Kalau bukan kerana kita, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.


7. Seseorang yang tanpa kita sedar, sebenarnya menyayangi kita.


8.Sekiranyakita merasakan kita dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin kita yang meminggirkan mereka.


9.Kenangilah segala pujian yang kita terima untuk menyenangkan. Lupakan segala maki hamun, caci & cela yang mnguris hati & perasaan.


10. Jangan takut untuk meluahkan perasaan kita; kita akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

So, renung2kanlah.. :)




~shared~

Friday, June 15, 2012

Anda Dewasa ?

Assalamualaikum......

Haaa, kali ni aku bercerita tentang kedewasaan kita semua. Kebanyak readers2 aku masih bersekolah, dan adakah anda semua merasa anda cukup dewasa sekarang, saat, waktu dan tika ini? *acece ayat.. 


Nak jadi dewasa bukan senang tau. Kena hati2 dalam setiap perkara. Harus menjadi matang dalam sesuatu hal, dari segi pemikiran dan perbuatan. Semua itu diambil kira untuk menjadi seorang yang betul2 dewasa. Korang cakap senang, "Weyy, aku dah dewasa la, dah besar, tau la ape aku nak buat, kau x yah sibuk !" haddooww, kau cakap cam cipan je kan. Kau tau ape maksud DEWASA ? Lau x tau, meh sini aku nak buat kau tau.

Bermulanya......



Bila anda dewasa, anda akan :~




- Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai

- Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

- Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

- Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka

- Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat

- Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain

- Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda

- Anda dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya

- Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

- Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang

- Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati

- Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu

- Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif

- Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna

- Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya

- Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai

- Anda dapat menwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka

- Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa mengambil apa-apa kesempatan ke atas mereka

- Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara baik, disenangi dan dihormati mereka.

Haa, korang cukup ke sifat2 cmtu ?? Lau x cukup, x usah nak berangan la ye, kononnye kau la yang dewasa, orang lain tak. So, fikir2kanlah, renungkan, hayatilah ... 

Thursday, June 14, 2012

Mengapa Allah wujudkan Keperitan dan Penderitaan ?

As Salam,,

Ramai yang di luar sana pernah rasa situasi di mana diri sendiri merasa merana, derita dan perit dalam menghadapi sesuatu hal. Dan selepas itu, mereka akan mengeluh, marah, memaki hamun dan macam2 lagi. Sedarkah kita, yang kita marah, maki, itu ialah takdir Allah kepada kita ? Sedarkah kita bahawa itu semua dugaan Allah ? Dan sedarkah kita, setiap dugaan yang Allah beri itu ada hikmahnya dan sesiapa yang mampu bersabar dengan dugaan yang Allah berikan itu bakap mendapat pahala, rahmat dan keredhaan Allah SWT?

Mungkin kita tidak sedarkan.. Sebab tu kita seringkali melakukan perkara yang sama berulang kali. Allah akan bantu hambaNya yang rapat denganNya.. Ada sebuah cerita yang bakal aku kongsi bersama, tentang apa yang aku rasa sekarang.

Bermulanya sebuah cerita.......


ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH, BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''




''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.


'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD, KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU?KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.


SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.


SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SBNRNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''


''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''..KATA BARBER.


''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK
ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.


''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!'' KATA BARBER.


''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.


''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN & PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.'

See? Allah sentiasa ada untuk kita. Cuma kita je perlu dekat denganNya. Selagi kita hidup, bernafas di muka bumiNya, mintalah apa saja. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Biarlah mulut berkata apa sahaja, tetapi biarlah hati ini sentiasa bergema dengan nama Allah. Biarlah hatimu menyukai sesiapapun, tetapi biarlah hati itu hanya milik Allah sahaja. 

Renung2kan dan selamat beramal. :)

Doa itu perlu ? Mengapa ?

Mengapa kita perlu berdoa? Bukankah Allah SWT sememangnya tahu semua keinginan kita tanpa kita berdoa pun? Bukankah Allah SWT mengetahui apa yang terlintas di fikiran kita? Mengapa kita perlu berdoa lagi kerana bukankah berdoa itu sama sahaja seperti apa yang ada di dalam hati dan fikiran kita?

Mengapa Perlu Berdoa?


Berdoa adalah memohon dan meminta serta berharap. Pemohon sudah pasti memiliki darjat yang lebih rendah daripada Pemberi. Begitulah kita dengan Allah SWT. Jelas menunjukkan kita memerlukan Allah SWT dan memohon pelbagai perkara di dalam kehidupan kita ini. Darjat kita terlalu jauh malah amat jauh sehinggakan langsung tiada darjat atau juga sebenarnya tidak boleh membuat perbandingan langsung berbanding kebesaran Allah SWT.

Berdoa itu merendahkan darjat kita sehingga daripada kita rasa ada apa-apa kepada tiada apa-apa langsung. Kita meletakkan diri kita benar-benar berada di bawah. Kita memohon dan berharap sesuatu daripada Allah SWT. Dengan berdoa kita lebih jelas siapa kita dan kepada siapa kita memohon. Kita sedar kedudukan kita dan kita sedar kedudukan Allah SWT. Kita sedar kita hanyalah hamba ciptaan Allah SWT dan Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Besar.

Namun persoalan besar di sini adalah adakah kita benar-benar SEDAR dan merasakan sebenarnya kita ini hamba yang lemah? atau sekadar tahu?

Doa memerlukan KESEDARAN.


Apabila kita berdoa tanpa memiliki KESEDARAN yang kita ini lemah di sisi Allah SWT, kita tetap ego dan berasa hebat di sisi Allah SWT. Kita memohon tetapi permohonan kita tidak diserahkan kepada Allah SWT. Segala keinginan yang kita inginkan adalah sepenuhnya mengikut kehendak kita seluruhnya dan kita tidak dapat menerima kehendak Allah SWT. Lalu di dalam tidak sedar kita menganggap Allah SWT hanyalah sebagai Tuhan melakukan kerja untuk menunaikan segala kehendak kita.

Kalian semua,


Apabila kita berdoa, kita menyatakan keinginan kita kepada Allah SWT dengan penuh KESEDARAN yang kita ini lemah, bodoh, tidak berdaya dan benar-benar mengharapkan pertolongan Allah SWT. Tetapi dalam masa yang sama kita sedia menerima segala ketentuan yang Allah SWT tetapkan. Kita juga akan terus mengikut segala ketetapan yang Allah SWT perintahkan kepada kita. Maka kita benar-benar akan berserah secara total kepada Allah SWT.

Orang yang beriman itu tidak pernah kecewa kerana sentiasa menerima ketentuan Allah SWT dan tidak pernah putus asa di dalam mengikut ketetapan yang Allah SWT tetapkan. Orang yang beriman sentiasa aktif. Melakukan segala kerja dan berusaha melakukannya sebaik mungkin di atas nama Allah SWT. Urusan rezeki dan segala penyelesaian hidup adalah hak Allah SWT yang kita tidak boleh pertikaikan kerana ia bukan hak kita.

Di dalam masa yang sama juga, kita yakin dan prasangka baik dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memakbulkan segala permintaan kita. Kita sangat yakin dengan kehendak Allah SWT di mana kehendak Allah SWT merupakan ketentuan yang terbaik di sisiNya untuk diri kita.
Bagaimana untuk yakin? Kita perlu mencapai kesedaran. Apabila kita berada di dalam KESEDARAN, pasti kita sangat yakin,

Kalian yang dihormati,


Memiliki kesedaran ini perlu dilatih. Ia tidak mampu dimiliki secara terus tetapi mampu dimiliki seawal latihan. Ia akan terus meningkat tanpa henti dan penghujung. Kesedaran ini ada turun naiknya tetapi apabila kita sudah mencapai ke satu tahap, ia akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita dan mudah untuk dicapai kembali jika kesedaran kita menurun.
Semoga kesedaran kita akan hal Allah SWT (sifat dan perbuatan Allah SWT) sentiasa meningkat dari masa ke semasa dan menjadikan kita benar-benar merasai kehidupan hidup berTuhan yang dikehendaki Allah SWT yang mana akan membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat seperti yang telah Allah SWT janjikan.


dikongsi daripada alcapacino.com. :)

Wednesday, June 13, 2012

Bersyukur Itu Berkat

Manusia sekarang ramai yang tidak bersyukur apa yang telah mereka dapat. Mengeluh tu mesti satu perkara yang wajib, itu x cukup la, ini x cukup la. Mengapa mesti begitu??? *acece ayt ustaz lalu aku ea.

Orang orang tua/orang tua tua cakap, mengeluh tu x baik, amalan setan.. Perbetulkan aku bila aku salah..

Yela aku pon manusia cam korang kan. Ade ke muke aku cam alien ?? Kalau ade tu, senyap je eak.. Aku sumpah korang jadi tenuk buasir kang !!

So, sambung balik yg tadi, contoh la kan, orang yang dia sayang, atau lebih tepat, kekasih, pakwe, makwe, sayang biey intan payung bocor tampal saletep ! Kadang2, sampai ada yang sanggup buat apa saja semate2 untuk dapatkan orang tu, dijadikan kekasih dia. Hingga melampaui batas pun ade, seperti meminta bantuan dari jin dan sebagainya. Tapi bila dah dapat, dah bosan, kau tinggal je orang tu terkapai kapai.. Bodoh kan orang mcm kau ! *semangat Cintatiotik btol aku. wow, ayat baru derr.




Dan,, pabila kita tidak bersyukur, ape yang kita dapat tu, x kan dapat berkat. Mcm tadi lah, dapat awek/pkwe baru, tapi x tahan lame, sebab ape, sebab dpt dengan care yang x elok, dan TIDAK BERSYUKUR !

Dan, pabila kita x bersyukur juga, Allah akan tarik secara perlahan2 apa yang kita dapat tu. Contohnya duit, ade orang tu gaji berbelas2 ribu ! Tapi dia sering rasa x cukup duit, serabut, dan mcm2 perkare negatif. Duit sentiasa habis, banyak guna , dll.. See?? Kdg2 kita x sedar ape yg kite buat sekarang, akan berlaku kesan ke atas diri kita satu hari nanti.. Allah akan balas di dunia, dan akhirat. So, jaga2..

Dan, berbalik cerita pasal pakwe makwe tadi, jangan dikejar cinta tu.Cinta itu sendiri akan hadir ke diri kite, pabila tiba satu saat nanti. Dan itu dipanggil jodoh @ Cinta sejati.. Mase tu, buat lah ape mu nak buat sebaik sahaja selepas akad nikah. "Tapi ingat, mase akad nikah tu bukan fikir nak jimak je, fikir yang mu akan tanggung segala dosa2 bini mu, anak2 mu nanti"  =UAI! Ni khas untuk lelaki..

Dan ada juga yang jodoh kita tiada di dunia, tapi ada di akhirat kelak. Kita jangan cemburu dengan orang lain di dunia yang sudah mempunyai pasangan, tapi kita tidak. Di akhirat kelak, memang ade yg menunggu kita, dan paling best derrrr, kahwin dengan bidadari Allah. Nak tau mcm mane bidadari tu ? GOOGLE LA !!! Pemalas !

Dan, jika kita minat someone tu dari dunia lagi, dan dia pon belum dimiliki, dan kita pun belum memiliki, dan kita x berani nak luah, korang cuma doakn dia je pon dh cukup, berdoa agar kita akan bersamanya di akhirat nanti . Kau nak jumpa dia di akhirat nanti. Okay..

Macam aku sekarang, dah malas fikir bab2 ni. Tumpuan 90% ke pelajaran dan kejar ilmu akhirat .. 10 % tu ade yg tersasul tu.. hehe.. Aku hanya tunggu, dan berusaha untuk mencari yang terbaik. Atau lebih untung kat aku, kahwin dengan bidadari Allah.

Dan aku hanya mampu bersyukur, ape yang aku akan dapat untuk diriku kelak. :)



Y,, saya harap saya akan jumpa awak disana nanti. Semoga awak tenang di alam sana. :) Al Fatihah. :)



Saturday, June 9, 2012

Petanda Mendekati Kematian

Orang yang pergi menemui Ilahi itu selalu meninggalkan kita tanpa kita jangka. Yeah memang betul ajal tu kite tak tau bile kan. n, mesti diorang akan buat something yg pelik before die pergi kan, contoh, buang tabiat.. kadang2 kita mungkin terlepas pandang semue tu..

Baru2 ni kite dengar cerita tentang kematian arwah Yasmin Johan Eusoffe. Arwah ade update gambar buku '7 Malam Pertama di Alam Barzakh" beberapa hari sebelum kematian dia, dan pada 27 march, dia ada bermimpi sesuatu tentang azab dalam kubur/neraka. Al-Fatihah buat arwah Yasmin..

Itu semua petanda bahawa diri kita akan meninggalkan dunia yg fana ini untuk menemui Pencipta kita. Jadi, bermula dari sekarang, muhasabah diri.. Jangan lupa solat, minta maaf ngn org lain. Kita x tau ajal kita bila, kalau Allah nak tarik nyawa kita, sekelip mata nyawa kita dh tiada, kadang2 mata tu x sempat berkelip..

Sapa x nak mati dalam keadaan yg baik, atau dalam erti kata lain, sebagai mukmin. "Husnul Khatimah".. aku pon x tau maksud Husnul Khatimah ni secara mendalam. so kepada readers, jangan nak pemalas sangat eak, sila google ia sendiri.. hehhee..

baiklah, aku cakap ni pon bukan ape, aku Islam, and aku percaya readers2 ni pon majoriti Islam kan.. so, buat ape yg patut korang buat sebagai Islam.. k.. cawww.

Friday, March 16, 2012

Pengenalan


Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.




Penghulu Segala Hari


Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.



Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)


Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).


Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.


Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.


Malaikat Turun ke Bumi


Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.


Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”


Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”


Kesimpulan

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)






Tadi aku pergi solat jumaat, duduk di luar, x masuk bahagian karpet, dan aku sampai x boleh beze pasar dengan masjid. Bagaimanakan ibu bapa mendidik anak2 mereka ? haih.. Sampai khutbah pon x tahu ape butir nye. 

Thursday, March 15, 2012

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah...

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA

Di suatu subuh hari

uaaaarrgggghhhhh !! Assalamualaikum, hari ni aku bangun awal tau. Sebelum subuh dah bangun, n selepas solat subuh, aku jumpa satu puitis ni, memang terasa di hati bagi sesiapa yang hayati apa maksud tersirat si sebalik puisi ni. :)



Di suatu kecerahan subuh hari
sebelum ada keringat yang tertitis
sayup jauh di pinggir kehijauan
burung camar tetawa sepuasnya
embun menitis di atas ubun-ubun


bisik angin mengalun suara perindu
fajar mengeliat dengan lunak
rembulan memaling sayu
mengizinkan wajah diselimuti awan
anak laut sudah lama meramas air


malam tadi perawan menjual rindu di laut
cinta kasih terhadap anak laut
sering terhempas di pantai
biar pecah terbelah kaki
akan tetap memijak batuan pasir
akan tetap mencari nafas yang terpukul dari gelombang


biar tidur berbumbung langit
biar lena berlantai pasir
di tinggal tanpa satu gebar menyelimuti diri
dirangkul rindu dia tetap setia..





Doa untuk orang patah hati

Assalamualaikum, doa ini untuk orang yang patah hati, dan mengelakkan orang tersebut melakukan perkara2 yang di luar dugaan, dan membolehkan orang tersebut melupakan orang yang telah mengecewakannya dulu. :)

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال


‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’



(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)

Ada Apa dengan TIDUR ?


Assalamualaikum. Hari ni aku nak kongsi sedkit sebanyak ilmu yang aku dapat berkaitan dengan tidur. Kita semua manusia, semua tidur. Takkan ada manusia tu x pernah tidur kan. hahaha,

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam

So,, korang boleh dahlah start tido dengan betul ya.. :)

10 Sikap 'Terlalu' Yg Harus Dihindari Dalam Perhubungan....




Sikap 'terlalu' ini sangat berbahaya dalam perhubungan sekiranya tidak dikawal. Ia mungkin dapat menjejaskan hubungan yang harmonis atau menjadi penyebab pertengkaran yang berulang pada sesebuah hubungan. Oleh itu lebih baik kita menyelidik diri sekiranya kita menghadapi gejala 'terlalu' dalam diri kita.

1. Terlalu Manja

Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya.
Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.

2. Terlalu Tertutup

Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat komunikasi.
Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan setiap hubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.

3. Terlalu Terbuka

Orang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun sikap yang terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan.
Orang yang terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia, dan yang lebih buruk adalah kebiasaan bicara dulu , berfikir kemudian serta melampau had sempadan.

4. Terlalu Cerewet

Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya wanita yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan.
Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan alasan “Kerana aku sayang padamu”.

5. Terlalu Sensitif

Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya.
Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas.
Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.

6. Terlalu Mengongkong

Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri.
Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.

7. Terlalu Memperlekeh

Lelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang dihamburkan.
Bila kamu hendak memperbaiki kekasih kamu yang terlalu banyak kelemahannya, kamu perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dgn cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.

8. Terlalu Memiliki

Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu.
Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.



Jadi, hati2lah dalam perhubungan anda. Elakkan perkara-perkara seperti ni dalam perhubungan tu. :) 

Wednesday, March 14, 2012

Buat teman-teman yang diingati..

Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji!

Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka!

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa!

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji!

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih!

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu!

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian!

Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana Tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman!

Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan Tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan Tuhan

Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah Tuhan!

Pilihan Hatiku

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, Itulah kesempatan..

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, Itu bukan pilihan, itu kesempatan.. .
Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, Itupun adalah kesempatan..

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, Bahkan dengan segala kekurangannya, Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan...

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, Bahkan ketika kita menyadari bahwa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya, daripada pasanganmu, Dan tetap memilih untuk mencintainya, Itulah pilihan...

Perasaan cinta, simpati, tertarik, Datang bagai kesempatan pada kita. Tetapi Cinta sejati yang abadi adalah Pilihan... . Pilihan yang kita lakukan...

Berbicara tentang pasangan jiwa, Ada suatu kutipan yang mungkin sangat tepat :
"... Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil.. "
Pasangan jiwa bisa benar-benar ada. Dan bahkan sangat mungkin ada seseorang Yang diciptakan hanya untukmu..
Tetapi tetap berpulang padamu, Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya atau tidak...

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita, Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita, Adalah pilihan yang harus kita lakukan..

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai, TETAPI untuk... Belajar mencintai orang yang tidak sempurna, Dengan cara yang sempurna... ^ ^

While you are reading this page, if someone appears in your mind, then.. " You Are In Love With That Person... "

Fitrah Perempuan

Wahai perempuan... ... wahai wanita... ... wahai gadis... ... wahai Nisa kaum Hawa Adanya kau sebagai penyeri, Sikap,motivasi sokongan kau mendamaikan hati... Hai!Hawa, Penciptaanmu dari kebosanan, Khalifah yang keseorangan Tanya malaikat "Untuk apa kau diciptakan" Spontan jawab khalifah itu Untuk mendampingimu beri bahagia kepadaku dan mengisi kebuntuan hidupku sesuai dengan kehendak Illahi" Itulah tujuan fitrah penciptaan kau. Wahai adik dan kakakku cantikmu sementara Remajamu seketika Cerah kulitmu pasti hilang Gebu tubuhmu pasti gendut Indah sinar matamu pasti sama Keayuanmu pasti layu Kerana fitrah dunia ini sememangnya fana Jangan kau hirau cantik kau yang fana ini Hiraukanlah rupa kau di hari pengiraan Jika bahagia keputusan hisab kau Keindahan dan kecantikan kau Lebih dari bidadari syurga Latihlah bidadari dunia
Wahai ibuku, Kau pendidik,pengajar paling berkuasa Anak-anakmu pasti menggegarkan dunia Hasil dari didikan kau yang sempurna Didiklah aku untuk diredhai Illahi Didiklah aku untuk bina jati diri agar tidak dijajah lagi Dengan budaya penyerah sejahtera Guna keperibadianmu,ilmu dan ketokohanmu ibu.
Perempuan, Pergaulan,peradaban dan tatasusilamu Amat membimbangkan golongan yang ambil peduli Mereka penat menggunakan kes dan hal ehwalmu Mereka letih menguruskan pembukaanmu dari dieksploitasikan Manusia berhati binatang Kerisuan terhadap kau juga diperlihat Rasulullah junjungan yang menyebut Nisa, Nisa,Nisa di ambang kewafatannya.
Sayangku, Sedarlah.Bangkitlah!bangunlah! Dari fantasia ciptaan kau Lakukan,berjuanglah dan berkorbanlah Untuk kebahagiaan Dunia Akhirat Itulah jihad kau sekarang.


Saturday, March 10, 2012

Madah Orang Bercinta

Post Kelapan : DIkongsi daripada http://www.alcapacino.com



Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itu yang sukar diperoleh

Kata pujangga "cinta letaknya dihati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata".

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta, bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan,walaupun mereka telah dikecewakan.Kepada mereka yang masih percaya,walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai,walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


aku mencintaimu bkn kerana kecantikanmu, aku mencintaimu bkn kerana kehangatan cintamu, aku mencintaimu bkn kerana cintamu, aku mencintaimu kerana cinta itu kamu

aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu, kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu..

kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?

seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa..

kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku..

jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..






Baiklah, sekadar itu sahaja lah buat kali ni. Harap2 kepada orang2 yang bercinta atau pernah bercinta memahami keadaan sebenar dalam percintaan... tetapi cinta kpd Allah dan Rasul serta agama Islam jangan sesekali dilupai. :) Assalamualaikum. 

Memang Cinta Ada Dalam Jiwa Kita

Post Keenam:

Untuk dikongsikan bersama anda... :


Ya, cinta itu memang ada dalam jiwa manusia sejak azali lagi. Sesiapa yang berkata tidak pernah memiliki atau merasa cinta itu, bermakna fikiran mereka telah mendustai mata hati mereka. Begitu juga bagi sesiapa yang berkata mereka sudah tidak punya rasa cinta. Cinta itu tidak dapat difikirkan. Sesungguhnya cinta itu hanya dapat dirasai melalui hati kita.


Cinta itu fitrah manusia… Ianya telah lama berputik di dalam jiwa kita sejak kita masih belum wujud (sebelum kelahiran kita). Semakin hari cinta itu kian merimbun… semakin ianya kita cantas, semakin ia bertunas… Rasa cinta itu tidak boleh kita nafikan. Kehadirannya di jiwa bukanlah suatu paksaan. Tidak sempurna hidup kita tanpa rasa cinta itu… Maka, carilah cinta itu di hati kamu…


Cinta itu memiliki keindahannya… Ianya mendakap erat di dalam jiwa. Sebagaimana Adam dan Hawa yang bercinta ketika di Syurga… Angkara Iblis mereka terpisah. Kerana kuatnya perasaan cinta mereka, kuatnya simpulan kasih sayang mereka, akhirnya mereka bertemu jua di dunia.
Cinta di dalam jiwa itu memiliki kesuciannya. Kerana cinta, kita dapat mengenali Pencipta kita… Kerana cinta, bertambah kuatlah ketaqwaan kita kepada-Nya. Kerana cinta, kita taat akan suruhan-Nya. Kerana cinta, kita takut pada kemurkaan-Nya. Kerana cinta jua kita mengenali Rasul kita… Kerana cinta, kita mengasihi baginda. Kerana cinta, kita mengikuti sunnah baginda. Kerana cinta, kita memohon syafaatnya. Dan kerana cinta, kita saling kasih-mengasihi sesama insan, sesama keluarga, sesama saudara, sesama Islam.


Tanpa cinta, fitrah kita tidak sempurna. Tanpa cinta Ilahi, kita hanyut tidak kembali. Tanpa cinta Rasul kepada umatnya, kita hilang hala tuju. Tanpa cinta keluarga, kita tidak berada di dunia ini atau kehidupan kita terabai tidak terpeduli. Dan tanpa cinta sesama insan, kita tidak punya teman yang akan sama-sama mengharungi kehidupan sehingga ke hayat yang terakhir.


Manusia dijadikan untuk bertaqwa kepada Allah... Taqwa itulah cinta… Manusia hidup untuk berkasih sayang sesama insan… manusia yang dilahirkan telah ditentukan cinta hatinya…


Cinta manusia ada di dalam jiwa… Cinta lelaki pada wanita dipertemukan tulang rusuknya (merujuk pada kejadian Hawa daripada tulang rusuk Adam)… Tulang rusuk itu berada dekat dengan hati, dan berhampiran dengan jiwa… Wanita itu tulang rusuk lelaki. Jika seseorang lelaki kehilangan cinta dan wanita itu, umpama dia kehilangan cinta di dalam jiwa dan tulang rusuknya.


Cinta yang telah tersemat di dalam jiwa tidak boleh dipersiakan. Mensia-siakan cinta terhadap Allah seumpama mensia-siakan agama kebenaran yang telah dikurniakan kepada makhluk di dunia ini… Mensia-siakan cinta terhadap Rasulullah seumpama mensia-siakan risalah kebenaran yang telah baginda sampaikan kepada makhluk di dunia ini… Mensia-siakan cinta sesama insan seumpama mensia-siakan cinta yang dianugerahkan Allah untuk makhluk yang telah diciptakannya berpasangan…


Cinta itu ada di dalam hati… carilah ia di situ. Jika kamu telah peroleh cinta itu, jagalah cinta itu dengan baik. Kita bukan manusia yang sempurna sepenuhnya. Sebagai insan, kita punya kekurangan. Oleh itu, jangan melihat seseorang itu dengan kecantikan atau ketampanan wajahnya, ketinggian darjatnya, harta kekayaannya, tetapi lihatlah dirinya dari hati budinya, agamanya, serta ketaqwaannya.


Sesungguhnya, apabila kamu menemui cinta kamu sesama insan itu, janganlah kamu cari lagi yang lebih baik daripada itu. Terimalah ia tanpa sekalipun menoleh kembali di belakang kamu. Kamu tidak mungkin akan peroleh cinta yang lebih baik dari yang kamu temui kerana cinta yang sempurna itu hanyalah cinta kepada Tuhan Yang Maha Esa.


Artike ini dikongsi daripada http://www.alcapacino.com

Cinta ? Sayang ? Suka ? Minat ?

Assalamualaikum, hari ni, aku nak share something best jugak. ade banyak, tapi aku share satu persatu k. n tajuk pertama berkenaan dengan perasaan CINTA, SAYANG, SUKA, MINAT.. So, kepada sesiapa yg belum mengerti ape mksud yg tersirat di sebalik perkataan ini, jemputlah bace. :)




Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu?(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah?)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan?)


Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu?










Artikel ini dikongsi dari http://www.alcapacino.com

Friday, February 24, 2012

Ikhlas kah kita dlm persahabatan ....




Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela.

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kit apula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawankita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menhargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini&.dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbin atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..


Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata kata takkan bermakna jika dibiarkan kata kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja&

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa, dia juga ada kelemahan dan juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Kita selalu lihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.







psstttt : shoutmix aku dh kene delete ary tu, so sorry mesej2 yg aku x smpt bce tu, maaflah. insyaAllah, aku try jejak korang dalam Diari Sahabat Blogger.. :)

Saturday, February 4, 2012

Wahai Sahabatku...........

Kawan, suatu ketika mungkin kita pernah jatuh hati. Memendam rasa. Atau suka pada seseorang yang kita kagumi. Namun banyak sekali yang salah mengekspresikan cinta hingga ia terperdaya dengan cintanya. marilah kita alihkan energi cinta kita bukan untuk melihat. Bukan hanya untuk memikirkan bahwa hanya dirinyalah yang terbaik bagi kita. Namun untuk mempersiapkan. Sehingga jika suatu saat kelak Allah telah berikan kepada kita satu yang tepat untuk diri kita, kita akan komitmen dengan dirinya.
Sahabatku, para pencinta sejati bukanlah ia yang mengumbar-umbar pesona cintanya. Namun para pencinta adalah ia yang siap komitmen memberikan cintanya hanya untuk yang halal bagi dirinya.
Saudaraku, mari kita bangun cinta hingga cinta kekal sampai surga...

Di sini pernah ada rasa simpati
Di sini pernah ada rasa menggagumi
Rasa ingin memilikimu
Memasukkanmu ke dalam hati ini
Menjadi penghuni...

Mencuba berlindung di balik fitrahnya hati
Untuk mencari pembenaran diri...
Namun Ternyata semua hanya permainan nafsu

Untuk memburu cinta yang semu
Aku Tertipu...

Tuhanku berikanku cinta yang Kau titipkan
Bukan cinta yang pernah ku tanam

Aku ingin rasa cinta ini
Masih menjadi cinta perawan
Cinta yang hanya aku berikan
Saat ijab qabul telah tertunaikan

Tuhanku berikanku cinta yang Kau titipkan
Bukan cinta yang ku tanam...

Amin...