Friday, July 20, 2012

Ramadhan Al Mubarak..



Dia

Hadir kembali di halaman jiwa ini

Mengubat rindu yg kian lama terpendam di lubuk syahdu

Andainya esok bukan milikku

Biarlah hari ini aku bersandar di ribamu

Buat pengubat derita dosa-dosa semalam

Kerana aku tahu ya el-mubarak

Kau dirindui oleh sekelian alam maya ini





Seandainya alam ini turut berkata-kata

Pastilah pujian meniti ditiap-tiap lisan mereka

Kerana kami di sini masih ketandusan sebuah pengharapan dan keampunan

Aku akan setia menantimu di sini

Moga ia bakal menjadi sebuah bekalan terbaik sepanjang pelayaran

Buat meniti hakikat lautan sebuah kehidupan

Salam ramadhan penuh kesucian




Dia hadir kembali setelah lama dinanti. Bukan seperti 'pungguk rindukan rembulan' yang cintanya tidak mungkin dibalasi, tetapi cinta ini seperti kekasih yang merindukan hari yang dijanjikan padanya lebih molek dari seribu bulan. Setelah lama kekurangan dalam melakukan amalan, maka inilah masa yang paling sesuai untuk menumpahkan segala rasa cinta yang bersemi.

Terkadang noda-noda dunia yang seringkali melambai-lambai, menggamit kita untuk bersamanya menyebabkan kita terleka seketika. Sedangan para sahabat sahaja sering mengadu mengenai kerisauan dengan iman mereka. Apatah lagi kita sebagai hamba di akhir zaman yang diibaratkan Rasulullah sebagai zaman umat Islam yang berkualiti buih-buih di lautan.

Umar Al-Khattab sahaja pernah bertanya kepada Huzaifah iaitu satu-satunya sahabat yang memegang rahsia Rasulullah tentang siapa golongan munafiq dikalangan orang Islam. Beliau berasa risau samaada beliau termasuk dikalangan munafiq tersebut. Subhanallah, manusia sehebat Umar sahaja risau tentang imannya.

Sekiranya kita merasakan iman kita sentiasa mantap sentiasa, maka periksalah kembali diri kita. Muhasabahlah diri kerana takut-takut kita tertipu dengan amalan yang kita kerjakan itu. Begitu juga ketika hati merasakan diri lebih baik berbanding manusia lain, maka ketika itu jugalah hati itu perlu diperhalusi agar tidak terpedaya dengan bisikan syaitan.

Semoga iman yang ketandusan selama ini dapat dibanjiri dengan nur Ramadhan yang ditunggu oleh penghuni di langit dan di bumi. Hatta mereka yang telah lama meninggalkan dunia yang fana ini juga menunggu-nunggu kehadiran bulan ini. Usah kerana sibuk untuk persiapan aidilfitri, maka kita terlupa dengan persiapan Ramadhan. Ramadhan hadir sekali setahun, belum tentu kita bernafas lagi di Ramadhan yang akan datang. Maka ambillah peluang ini untuk menambahbaikkan amal ibadat buat bekalan di 'penjelmaan' yang akan datang.

Mengapa menanti senja, baru tercari-cari jalan pulang?



Bulan Ramadhan, Bulan Ibadah. :) 

Wednesday, July 4, 2012

Jambatan Purba berusia lebih 1 juta tahun



Adam Bridge atau lebih dikenali sebagai Rama Bridge, merupakan salah satu daripada beberapa tempat misteri di dunia. Jambatan purba misteri ini ialah sepanjang 30 km yang menghubungkan antara Manand Island(Sri Lanka) dan Pamban Island (India) dan ia telah berumur kira2 lebih dari 1 juta tahun !!!

Struktur Rama Bridge sendiri sangat mudah dilihat dari atas permukaan air laut kerana kedudukannya yang tidak begitu dalam, iaitu hanya ditenggelami air sedalam 1.2 meter sahaja( ketika air surut).

Status Rama Bridge ini masih misteri , menurut tafsiran para pengkaji, jambatan ini mungkin ada kaitan dengan mitos India yang terkenal iaitu Ramayana.







Pelik kan ? Walau apa pun conclusion yang bakal dibuat oleh para pengkaji di sana, kita sebagai orang Islam wajib percaya bahawa semua ini datang dari Allah SWT... Jangan kita sesekali memesongkan akidah kita, tergelincir dari landasan agama Islam yg sebenar. :) Wallahu'alam....

Monday, July 2, 2012

Syurga DUNIA ~

Assalamualaikum pembuka bicara... Dah lama tak pergi bercuti. Last sekali aku pergi bercuti ialah di Melaka, 3-4 bulan yang lepas. Aku suka melancong, tapi melancong pada persepsi aku, TAK PERLU SHOPPING BANYAK2 mcm beli keychain 10 kilo, baju 30 helai, tu menyusahkan ABAH kau namenye. hehe.. Tapi setakat aku melancong ni la kan, pemandangan yang paling cantik yang pernah aku lihat ialah dari puncak Gunung errrrr,, ape name gunung kat Langkawi yg naik kerete kabel tu ?? x ingat lorh.. haaa, kat situ la, satu lagi kat Datai... Perghh,, naik gian aku  tengok air laut. hahaha.

 So, entry kali ni ialah pasal tempat-tempat yang indah di dunia ni ataupun dikenali sebagai syurga dunia. Sebenarnya aku kongsi dari sahabat blog lain. X salah kan lau berkongsi. OKAY stop, kite smabung sal entry Syurga Dunia ni ~

Bermulanya ~~~~














yg ni cam lam citer barbie/princess, lawa doe tmpt ni. :)







Subhanallah, cantik nye x terkate bagi aku sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ni. Aku cuma mampu pandang, bersyukur atas semua ini, sebab nak pegi ke tempat2 mcm tu, HAMPIR MUSTAHIL la kot. Memandangkan aku ni sebagai seorang pelajar. hahaha. Oh hampir lupe, aku x dapat informasi penuh tentang gambar2 ni semua sebab hanya gambar je yg tuan punye blog post, name tempat dia x tulis. Tapi takpe, x kesah pon sebab aku cuma nak tengok keindahan dia je.. hehehe. olololo so chomell.. *gedik aku. 


chalo ~