Tuesday, April 30, 2013

Sabar itu Senjata

Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca sekalian. Hari ini ana akan share tentang satu benda, iaitu SABAR, dan huraian yang panjang lebar.

Tabah terhadap segala dugaan, syukuri nikmat lambang ketinggian iman umat
IMAN terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dinamakan kesabaran dan satu bahagian lagi dinamakan kesyukuran. Kedua-duanya adalah sifat Allah dan di antara dua nama-Nya yang mulia kerana Allah sendiri menamakan diriNya dengan Sabbur dan Syakur.
Jika seseorang itu jahil daripada memahami erti kesabaran dan kesyukuran, samalah dengan tidak memahami erti kedua bahagian iman itu sendiri. Dengan demikian, samalah ia lupa kepada sifat Allah sedangkan untuk mendekatkan diri kepada Allah tidak tercapai melainkan dengan iman.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (Surah al-Nahl, ayat 96)
Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas." (Surah al-Zumar, ayat 10)
Dalam konteks ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sabar itu separuh iman." (Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: "Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya." (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)
Perkataan sabar disebut enam belas bentuk dalam al-Quran, iaitu perintah supaya bersabar (merujuk ayat 35 surah al-Baqarah, surah al-Imran (ayat 200), sementara larangan daripada bersikap sebaliknya pada ayat 35, surah al-Ahqaf dan surah al-Anfal, ayat 15.
Allah memuji orang yang sabar (surah Ali-Imran, ayat 17 dan al-Baqarah, ayat 177) sementara Allah kasih kepada orang yang sabar melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 146.

Kesabaran lain yang dijelaskan dalam al-Quran ialah Allah bersama orang yang sabar, kebaikan bagi mereka yang sabar, balasan amal yang paling baik, berita gembira kepada orang sabar, jaminan kemenangan bagi orang yang sabar dan balasan Allah tanpa batas kepada orang yang sabar.

Selain itu, orang yang sabar adalah mereka yang kuat semangat dan azam, amalan salih yang besar balasannya adalah sabar, orang yang sabar mereka yang mengambil manfaat daripada ayat Allah, Ibrahim, kejayaan yang diingini dicapai oleh orang yang sabar, orang sabar boleh menjadi pemimpin dan mempunyai kedudukan tinggi dalam tingkatan iman dan Islam, seterusnya takwa dan tawakal.

Sabar terbahagi kepada tiga bentuk iaitu sabar dalam mentaati Allah, sabar daripada melakukan maksiat kepada Allah dan sabar menghadapi ujian Allah. Patut diingat bahawa mengadu dan merayu kepada Allah tidak menafikan sifat sabar.
Ini seperti mana berlaku kepada Nabi Ya'kub ketika baginda berkata: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku," (Surah Yusuf, ayat 86).

Adapun yang menafikan sifat sabar adalah merungut terhadap Allah, manakala bersabar terhadap ujian Allah seperti menghadapi bencana alam seumpama banjir besar, gempa bumi, sakit dan lain sebagainya, mangsa perlu menghadapinya dengan mengharapkan balasan sebaiknya daripada Allah.



Mangsa juga perlu mengharapkan penyelesaiannya daripada Allah dan ketiga menganggap ringan ujian itu dengan cara mengingati segala nikmat yang dikurniakan Allah selama ini. Dengan demikian akan terasa bahawa ujian itu bagaikan setitik air daripada luasnya laut.
Tanpa senjata sabar dalam perjalanan hidup ini, kehidupan seseorang tidak akan tenang dan damai kerana jalan hidup tidak selalunya mendatar, ada kalanya mendaki dan kadang-kadang jatuh.

Dipetik dari pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Sunday, April 28, 2013

Apa yang and tahu tentang cantik ?

Assalamualaikum para pembaca sekalian... Jawab salam aku tu.. WAJIB!!! Hehe. So pada hari ini, aku akan bercakap mengenai CANTIK.. Korang tau ape maknanya cantik itu ? Pakai makeup ? Pakai ketat-ketat? Mata bulat pipi kembang kulit putih ?? Meh aku nak share kat anda semua. 

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.

Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang.

Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.

Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa. Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik.

Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani. Siapa anda, anda sendiri yang menentukan.

Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang membezakan.



wuhhuuuuuuu,, mate bercelak woit !! Muke arab.. Macam "intan payung busuk ngade comey lotey" aku. 


k, Assalamualaikum... 
https://mail.google.com/mail/ca/u/0/images/cleardot.gif

Tuesday, April 23, 2013

Moga kau memahami ....

2 orang sahabat bermusafir dan tersesat....
Hampir 2 hari...
Mereka berjalan di bawah panas mentari....

Tibalah di sebuah perigi...
Dilabuhkan timba, diangkat ke muka...
Hanya beberapa titis air yang tinggal, cukup untuk seorang...
Hanya seorang...

Timba yang dipegang, dihulurkannya kepada sahabat yang satu lagi...
Untuk sahabatnya melegakan kehausan yang sejak tadi...
Dilihatnya sahabat meneguk dengan penuh puas di hati...
Kadangkala syaitan berbisik untuk mendengki...
Walaupun hampir mustahil untuk bertemu air lagi...
Tapi, dia yakin kepada ketentuan ilahi....
Syurga menanti untuk pengorbanannya ini....

Selemah-lemah ukhwah ialah bersangka baik, 
Setinggi-tinggi ukhwah ialah pengorbanan...
Moga Allah redha... 




Sunday, April 21, 2013

Ada apa dengan limau Kasturi ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca... Hari ini kita bercakap tentang limau. Ye Limau ! We call lime in english. Hehehe. Tapi limau yang ingin aku bincangkan ialah LIMAU KASTURI.
Sebenarnye, Allah menciptakan sesuatu itu mempunyai hikmah/faedahnya yang tersendiri. Allah tidak menciptakan sesuatu itu untuk perkara sia-sia. Jadi, sama samalah kita menggunakan ciptaan Allah ini dengan sebaik2nya..

Baiklah, info tentang limau kasturi ini aku dapat dari seorang teman di facebook.. Limau kasturi ini boleh dijadikan ubat, antaranya,,

1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minom setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

So, itulah ceritanya... Selamat beramal dan diizinkan untuk share.. Assalamualaikum.. :) 


Gwiyomi ???

Assalamualaikum dan salam sejahtera .... Semenjak dapat pangkat jadi Datuk ni, kawe raso busy gok sejak akhir2 ni.(bajet seketika)..  Terima Kasih la kepada semua yg sudi membaca blog yg cukup x brape nk cukup cantik (ayat tamil nadu malii) ni... Maklumla, takde fulus nk tukar... Hehehehe.. So, topik yang ingin kita ketengahkan pada hari ini ialah GYOMI !!!

Gwiyomi watashi hait srogomo kawe kawe chaittt (MELALUT) ... Sebenarnye, negara kite Malaysia telah dilanda demam yang baru, cuma majoritinya terkena pada gegurl yakni perempuan. Macam dulu, negara kita dilanda dengan deman BREAKDANCE, then SHUFFLE, then OPPA GANGNAM STYLE, then ade sikit2 HARLEM SHAKE ..... Semua tarian2 ini berasal dari negara2 luar.. Ade ke kite dengar Malaysia dilanda demam ZAPIN atau CAKLEMPONG ?? Yang kita boleh lihat org menari zapin atau caklempong ni depan Pavillion KL ??? Takde kan... So dari sini kita tau betapa hebatnya pengaruh sosial dari negara luar menular di dalam Malaysia.

Back to our topic, wabak Gwiyomi ini telah melanda di Malaysia, takdak ribut takdak angin, takdak hujan takdak kemarau tibe2 je demam Gyomi..Oh ya, anda masih tertanya-tanya apa itu Gwiyomi? Gwiyomi Song adalah sebuah lagu yang dipopularkan oleh penyanyi K-Pop bernama Hari. Lagu ini diinspirasikan dari gerakan tangan yang dicipta oleh ahli kumpulan BTOB iaitu Jung Ilhoon. Gerakan itu dipanggil “Gwiyomi Player” dan ia merupakan pergerakan tangan sambil mengira nombor dalam gaya yang comel. Bila kite buke je FACEBOOK, pasti ade org menceritekan atau upload video Gwiyomi ni. N kebanyakannye kaum Hawa lah. Lelaki ada, cume mereka buat ala-ala parody. Perempuan ni pula merasakan muka mereka itu cute la konon bila buat video Gwiyomi tu. Sampaikan, bila kita search kat laman Keek, sebuah site yg memaparkan video2, n kita search "Gwiyomi Malaysia", ia mengeluarkan result lebih dari 1400 video. See ? Rakyat Malaysia yg rase mereka itu cute upload video2 yg membuat aksi2 Gwiyomi.. Hahaha.. Ada video yg mereka buat itu memang 100% cute, ada yang kelakar macam Kak Maria Elena buat, ada yang entah ape ape sebab x ingat step, then ade jugak yang syok sendiri.  Tak tau la yang syok sendiri tu nak mencari publisiti ataupun sekadar suka suka.. Jom kita tengok beberapa aksi Gwiyomi ni..



k, ini dari Kak Maria Elena, seorang vlogger terkenal di Malaysia. Yang ni,, KELAKO !! Haha




yang ni dari Malaysia, (dengar cite la sebab bertudung ala2 trend Malaysia. Yang ni, CUTE !


yang ni budak kecik dari Jepun/Korea/China maybe.. Yang ni memang TOTALLY CUTE..




So itu je sedikit sebanyak dari aku untuk menceritekan tentang Gwiyomi ni. Memang cute.. Cume aq x boleh blah dengan orang yang syok sendiri.. Hahahaha.. Oke2, dah.. Assalamualaikum..

Tuesday, April 16, 2013

Kisah Percintaan Saidina Ali bin Abi Talib

Assalamualaikum. Kisah Saidina Ali iaitu sahabat Rasulullah kesayangan kita dan puteri tercinta baginda Fatimah Az-Zahra menjadi pemula bicara.

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah SAW. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya. Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berdakwah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakar : ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar : Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar. Inn Shaa Allah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta. ” gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq R.A. Umar Ibnul Khatab R.A. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah SAW duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah SAW. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq R.A. “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali R.A. Sewaktu Ali R.A. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq R.A. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq R.A. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah SAW. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah SWT. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar R.A. mata Saidina Ali R.A. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali R.A. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar R.A. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali R.A. Abu Bakar R.A. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar R.A. berhasil mendorong keberanian Imam Ali R.A. untuk melamar puteri Rasul Allah SAW.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali R.A. datang menghadap Rasul Allah SAW yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah SAW : “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah SAW menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad SAW itu belum memuaskan Ummu Salmah R.A. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad SAW.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad SAW itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah SAW menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah R.A.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah SAW mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahawasanya Allah SWT memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib R.A. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali:

“Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda.”

‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu?”

Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

Allah. Indahnya percintaan mereka :')



* Berharap aku pon akan dapat pengalaman macam ini suatu hari ini. Sabar, Pengorbanan, dan keberanian. Allahu. 

Friday, April 12, 2013

Jenama jenama yang memang BERJENAMA

Assalamualaikum. Hari ni aku nak share something dengan korang, iaitu jenama-jenama yang dikira mahal n dipandang tinggi jugaklah. Macam yg kite tengok kat luar sane, orang2 berada, yang memiliki kehidupan mewah, pernah x korang tengok diorang pakai beg Petaling Street, baju dari bazaria larut malam Danau Kota, n seliper Jepun ? x pernah kan.. Ini kerana mereka mempunyai wang yang banyak sampai barang murah ni diorang x beli, sebab duit lambat habis. Sekali beli mesti barang yang mahal2 gitu.. haha, jom kite tengok jenama jenama terkemuka di Malaysia dan Antarabangsa.


See?/ Entah pape name aq pon x tau. hahaha, Sebaik2nya kite besederhana sudah.. Bagi aku, aku x pandang pon jenama2 mcm ni. Baju Rm10 sehelai pon kire bersyukur, baju jugak.. Jikalau terlalu ikut nafsu, buruk padahnya. Baik kumpul duit untuk kahwin nanti, dari beli barang2 macam ni nk tunjuk kt orang. Podah..

Monday, April 8, 2013

Pewangi Ketiak jadi favourite food !

Cerita kali ini adalah berkisarkan tentang perangai pelik seorang  wanita yang gemar pula akan pewangi ketiak atau mudah dikenali sebagai deodorant. Memang tidak dinafikan, pewangi ketiak memang wangi dan digunakan oleh hampir semua orang. Tapi kita dilarang sama sekali memasukkan bahan tersebut ke dalam mulut. Sungguh pelik!



Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak.Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya sejak dua tahun lalu.Sejak itu, dia sudah memakan secara purata setengah batang bahan itu sehari, sama dengan 15 batang sebulan.Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan mengalami kekejangan di perut.

Untuk mengatasi masalah itu, dia kadang-kadang menyembur pewangi ke lidahnya. Nicole berkata: “Otak saya memberitahu, ‘kamu perlu memakannya’. “Saya cuba untuk menghentikan tabiat itu selama seminggu, tetapi jatuh sakit dan pening.“Apabila saya menyedari saya hampir kehabisan pewangi ketiak, saya menjadi panik. Kebimbangan saya semakin bertambah dan saya rasa bagai nak gila.“Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza,” katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian.

Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya. Sejak itu, dia cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari.“Ia sangat lembut kerana cair di dalam mulut saya. Pewangi ketiak memang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri,” katanya. – Agensi

*Banyak lagi makanan yang kita leh dapat atas dunia ini. Allah kurniakan akal kepada kita untuk berfikir. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu dalam membuat sesuatu perkara.. Wallahu'alam.

Sunday, April 7, 2013

Perang bakal bermula ...

Untuk berperang kita tak perlu menjadi seorang tentera. Untuk berperang kita tak perlu menghunuskan senjata. Untuk berperang kita perlukan strategi,kita perlukan motivasi, kita perlukan solusi, kita perlukan ilmu dan kita juga perlukan bantuan.... semangat.....harapan...


Ya.. sudah tibalah masanya aku berperang. Peperangan yang paling hebat. Peperangan yang tiada titik noktahnya.. peperangan yang mungkin ramai tidak menyedarinya.. atau mungkin peperangan itu sudah dilupakan.. Peperangan itu adalah peperangan menentang hawa nafsu, Musuh nya adalah aku.





Ya Allah, Ya tuhanku. Berikanlah aku kekuatan.. berikanlah aku pertolongan.. tunjukkan lah pada ku jalan yang benar.. Mengharapkan doa sahaja tidak mencukupi.. aku perlu berusaha.. agar kejayaan dapat diperolehi.. agar hidupku tidak sia-sia lagi.. agar hidupku penuh bermakna...


Moga tidak terlambat untuk aku mengatur langkah, menyusun gerak. Cuma yang ku pinta, aku perlukan sokongan kamu.. aku perlukan bimbingan kamu.. aku perlukan bantuan kamu.. aku perlukan semangat dari insan yang bergelar sahabat.. insan yang aku kasihi.. Insan disekelilingku..


Yang pasti, aku harus menang dalam peperangan ini..

Pabila berbicara soal perang, teringat saudara-saudara seagamaku di Syria, di Gaza dan Palestin, di Rohingya... Hanya doa yang dapat kutitipkan pada kamu wahai saudaraku..

Puisi Ustaz Azhar Idrus memohon kemaafan pada Gaza,

"Derita kita, derita kita menanti majunya negara. Derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangkan. Derita kita belum dapat bantuan subsidi. Derita kita kerana anak tidak lulus periksa. 

Derita mereka, apabila anak-anak mereka menjadi kubu, daripada ditembusi peluru peluru yahudi, yang merobek kulit mengeluarkan isi perut anak-anak yang tidak berdosa. Itulah perasaan para ibu, yang berada di bumi Gaza. 

Para ibu di negara kita,  derita belum sempat beli gelang baru. derite belum dapat membeli rantai baru, derite belum menempah siap pakaian baru, samakah kite dgn mereka ? 

Bumi gaza, 2012, menjadi tontonan cerite perang televisyen umat islam, yang jumlahnya berbillion billion Wahai Gaza, kami, saudara kamu, seagama denganmu, kami lelaki-lelaki sekuat mu juga, 
kami memhon ampun kepadamu wahai Gaza, kami memohon ampun kepada mu wahai Syria, kerana kami tidak menghantar kereta kebal kami yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan. 
Minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria, kami ada tentera , tapi kami tidak mampu pergi kepada kamu, Mohon kemaafan banyak-banyak. Kami hanya jadi penonton, 
di mana darah anak-anak mu, isteri-isterimu, jatuh titisan demi titisan di atas bumi yang penuh suci. 
Wahai Gaza, walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad, 
terimakanlah roh kami untuk bersemadi bersama para syuhadamu.
Wahai Syria, walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu, terimalah nyawa kami, 
untuk menguatkan jasadmu, untuk melawan segala musuh-musuh Allah, Al yahudu, Nawal Bashar. 
Wahai Gaza.
Wahai Palestin. 
Wahai Syria, 
Maafkan kami, 
terimakanlah doa daripada kami, dan sudikanlah kiranya, roh-roh kami, bersemadi bersama jasad-jasadmu."


*maaf jikalau ada tersilap tulis perkataan.. :)