Thursday, May 29, 2014

Mental Disorder P 08.

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, setelah sekian lama, hampir setahun jugak tak update blog, kini kembali untuk sementara waktu, mengisi kekosongan yang mana ada. Tepat jam 12.00 tengahari waktu Malaysia, tanggal 30 April 2014, berakhirlah pembelajaran aku di Kolej Mara Kuala Nerang, program matrikulasi perakaunan. Alhamdulillah sekali lagi, dapat dijawab dengan lancar. Nak cakap pasal result, diserahkan pada Allah. Doa je la.

So, sepanjang 10 bulan di Kolej Mara Kuala Nerang tu, KMKN, bermacam2 gaya dan kerenah dapat aku jumpa. Sebab kebanyakannya datang dari negeri luar. Bukan rakyat Tranung je ade. So ada perbezaan adat dan budaya di situ. Dan aku dapat classmate yang awesome sangat. 3 lelaki, 11 perempuan, amek kau. Sebenarnya dulu ada 4 lelaki, tapi sorang pindah sebab dapat Diploma Perakaunan UiTM. Taufiq namanya. Dan ada sorang lagi pindah, waktu selepas SEM 1. Ain Fatihah namanya. Majoriti di KMKN masa batch aku ialah dari Kelantan. So takdelah POYO sangat nak cakap KL. hahaha. Padahal ade je yg cakap KL. Malahan budak KL pon cakap Kelantan, tapi memang dia main belasahan bunohan jelah cakap tu..
ni lah warga P08. Gambar diambil masa sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

depan dari kiri anda : Aina, Azza, Cikgu Haizan (Mentor kami yang awesome gila), Ain Sabri, Nadia Yaya
Kedua depan dari kiri anda : Muni, Yana, Ain Fatihah, Hazirah
Ketiga depan dari kiri anda : Sofea, AKU, Wanie
Belakang sekali : Halif, Zaza, Nashwa, Azam

Banyak kenangan yang berlaku dalam kelas ni. Tak kira pahit atau manis. Semua ada. Kelas kami pernah mendapat tempat kelas paling corot dalam program, dan selepas tu, Alhamdulillah, berkat kesabaran kami, doa yang tidak putus2 dan kata2 semangat dari mentor kami, Cikgu Haizan, kelas P 08 berada di atas kembali, tapi takdela no 1. 

Kelas paling bising, paling supportive, paling x ambik tau pasal hal orang lain, paling kuat nangis. hahahaha. Yang ni lah paling takleh blah. Asyik nangis je. Tapi takpe, itu yang membuatkan diorang lebih matang, lebih kuat. Dan bila di pengakhirannya, kami bagaikan satu family yang amat bahagia. Yang selama ni diam, tiba2 jadi bising. Yang mana kaki study, selambe je tido. Yang memang jenis memekak dari awal tu makin menjadi la memekak nye sebab pengikut bertambah. Hahaha. Itu lah keluarga P08, semuanya MENTAL DISORDER. Sebab ape, sebab mentor kami yang memang awesome gila cadbury crispy tahap gaban nak mampoih. 


So, kepada semua family P08, aku harap korang semua akan berjaya, tak kira di dunia mahupun di akhirat. Study leklok bila masuk U nanti. Kepada perempuan, jaga diri, sematkan Islam dalam hati. Jangan ikut nafsu. Study2 jugak, usrah2 jangan lupa join. Ilmu dunia dicari, ilmu akhirat jangan dilupai. Okey guys. Take care, love uolssssssssssss... Ukhwah fillah abadan abada. Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment