Wednesday, March 14, 2012

Fitrah Perempuan

Wahai perempuan... ... wahai wanita... ... wahai gadis... ... wahai Nisa kaum Hawa Adanya kau sebagai penyeri, Sikap,motivasi sokongan kau mendamaikan hati... Hai!Hawa, Penciptaanmu dari kebosanan, Khalifah yang keseorangan Tanya malaikat "Untuk apa kau diciptakan" Spontan jawab khalifah itu Untuk mendampingimu beri bahagia kepadaku dan mengisi kebuntuan hidupku sesuai dengan kehendak Illahi" Itulah tujuan fitrah penciptaan kau. Wahai adik dan kakakku cantikmu sementara Remajamu seketika Cerah kulitmu pasti hilang Gebu tubuhmu pasti gendut Indah sinar matamu pasti sama Keayuanmu pasti layu Kerana fitrah dunia ini sememangnya fana Jangan kau hirau cantik kau yang fana ini Hiraukanlah rupa kau di hari pengiraan Jika bahagia keputusan hisab kau Keindahan dan kecantikan kau Lebih dari bidadari syurga Latihlah bidadari dunia
Wahai ibuku, Kau pendidik,pengajar paling berkuasa Anak-anakmu pasti menggegarkan dunia Hasil dari didikan kau yang sempurna Didiklah aku untuk diredhai Illahi Didiklah aku untuk bina jati diri agar tidak dijajah lagi Dengan budaya penyerah sejahtera Guna keperibadianmu,ilmu dan ketokohanmu ibu.
Perempuan, Pergaulan,peradaban dan tatasusilamu Amat membimbangkan golongan yang ambil peduli Mereka penat menggunakan kes dan hal ehwalmu Mereka letih menguruskan pembukaanmu dari dieksploitasikan Manusia berhati binatang Kerisuan terhadap kau juga diperlihat Rasulullah junjungan yang menyebut Nisa, Nisa,Nisa di ambang kewafatannya.
Sayangku, Sedarlah.Bangkitlah!bangunlah! Dari fantasia ciptaan kau Lakukan,berjuanglah dan berkorbanlah Untuk kebahagiaan Dunia Akhirat Itulah jihad kau sekarang.


Saturday, March 10, 2012

Madah Orang Bercinta

Post Kelapan : DIkongsi daripada http://www.alcapacino.com



Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itu yang sukar diperoleh

Kata pujangga "cinta letaknya dihati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata".

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta, bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan,walaupun mereka telah dikecewakan.Kepada mereka yang masih percaya,walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai,walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


aku mencintaimu bkn kerana kecantikanmu, aku mencintaimu bkn kerana kehangatan cintamu, aku mencintaimu bkn kerana cintamu, aku mencintaimu kerana cinta itu kamu

aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu, kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu..

kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?

seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa..

kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku..

jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..






Baiklah, sekadar itu sahaja lah buat kali ni. Harap2 kepada orang2 yang bercinta atau pernah bercinta memahami keadaan sebenar dalam percintaan... tetapi cinta kpd Allah dan Rasul serta agama Islam jangan sesekali dilupai. :) Assalamualaikum. 

Memang Cinta Ada Dalam Jiwa Kita

Post Keenam:

Untuk dikongsikan bersama anda... :


Ya, cinta itu memang ada dalam jiwa manusia sejak azali lagi. Sesiapa yang berkata tidak pernah memiliki atau merasa cinta itu, bermakna fikiran mereka telah mendustai mata hati mereka. Begitu juga bagi sesiapa yang berkata mereka sudah tidak punya rasa cinta. Cinta itu tidak dapat difikirkan. Sesungguhnya cinta itu hanya dapat dirasai melalui hati kita.


Cinta itu fitrah manusia… Ianya telah lama berputik di dalam jiwa kita sejak kita masih belum wujud (sebelum kelahiran kita). Semakin hari cinta itu kian merimbun… semakin ianya kita cantas, semakin ia bertunas… Rasa cinta itu tidak boleh kita nafikan. Kehadirannya di jiwa bukanlah suatu paksaan. Tidak sempurna hidup kita tanpa rasa cinta itu… Maka, carilah cinta itu di hati kamu…


Cinta itu memiliki keindahannya… Ianya mendakap erat di dalam jiwa. Sebagaimana Adam dan Hawa yang bercinta ketika di Syurga… Angkara Iblis mereka terpisah. Kerana kuatnya perasaan cinta mereka, kuatnya simpulan kasih sayang mereka, akhirnya mereka bertemu jua di dunia.
Cinta di dalam jiwa itu memiliki kesuciannya. Kerana cinta, kita dapat mengenali Pencipta kita… Kerana cinta, bertambah kuatlah ketaqwaan kita kepada-Nya. Kerana cinta, kita taat akan suruhan-Nya. Kerana cinta, kita takut pada kemurkaan-Nya. Kerana cinta jua kita mengenali Rasul kita… Kerana cinta, kita mengasihi baginda. Kerana cinta, kita mengikuti sunnah baginda. Kerana cinta, kita memohon syafaatnya. Dan kerana cinta, kita saling kasih-mengasihi sesama insan, sesama keluarga, sesama saudara, sesama Islam.


Tanpa cinta, fitrah kita tidak sempurna. Tanpa cinta Ilahi, kita hanyut tidak kembali. Tanpa cinta Rasul kepada umatnya, kita hilang hala tuju. Tanpa cinta keluarga, kita tidak berada di dunia ini atau kehidupan kita terabai tidak terpeduli. Dan tanpa cinta sesama insan, kita tidak punya teman yang akan sama-sama mengharungi kehidupan sehingga ke hayat yang terakhir.


Manusia dijadikan untuk bertaqwa kepada Allah... Taqwa itulah cinta… Manusia hidup untuk berkasih sayang sesama insan… manusia yang dilahirkan telah ditentukan cinta hatinya…


Cinta manusia ada di dalam jiwa… Cinta lelaki pada wanita dipertemukan tulang rusuknya (merujuk pada kejadian Hawa daripada tulang rusuk Adam)… Tulang rusuk itu berada dekat dengan hati, dan berhampiran dengan jiwa… Wanita itu tulang rusuk lelaki. Jika seseorang lelaki kehilangan cinta dan wanita itu, umpama dia kehilangan cinta di dalam jiwa dan tulang rusuknya.


Cinta yang telah tersemat di dalam jiwa tidak boleh dipersiakan. Mensia-siakan cinta terhadap Allah seumpama mensia-siakan agama kebenaran yang telah dikurniakan kepada makhluk di dunia ini… Mensia-siakan cinta terhadap Rasulullah seumpama mensia-siakan risalah kebenaran yang telah baginda sampaikan kepada makhluk di dunia ini… Mensia-siakan cinta sesama insan seumpama mensia-siakan cinta yang dianugerahkan Allah untuk makhluk yang telah diciptakannya berpasangan…


Cinta itu ada di dalam hati… carilah ia di situ. Jika kamu telah peroleh cinta itu, jagalah cinta itu dengan baik. Kita bukan manusia yang sempurna sepenuhnya. Sebagai insan, kita punya kekurangan. Oleh itu, jangan melihat seseorang itu dengan kecantikan atau ketampanan wajahnya, ketinggian darjatnya, harta kekayaannya, tetapi lihatlah dirinya dari hati budinya, agamanya, serta ketaqwaannya.


Sesungguhnya, apabila kamu menemui cinta kamu sesama insan itu, janganlah kamu cari lagi yang lebih baik daripada itu. Terimalah ia tanpa sekalipun menoleh kembali di belakang kamu. Kamu tidak mungkin akan peroleh cinta yang lebih baik dari yang kamu temui kerana cinta yang sempurna itu hanyalah cinta kepada Tuhan Yang Maha Esa.


Artike ini dikongsi daripada http://www.alcapacino.com

Cinta ? Sayang ? Suka ? Minat ?

Assalamualaikum, hari ni, aku nak share something best jugak. ade banyak, tapi aku share satu persatu k. n tajuk pertama berkenaan dengan perasaan CINTA, SAYANG, SUKA, MINAT.. So, kepada sesiapa yg belum mengerti ape mksud yg tersirat di sebalik perkataan ini, jemputlah bace. :)




Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu?(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah?)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan?)


Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu?










Artikel ini dikongsi dari http://www.alcapacino.com

Friday, February 24, 2012

Ikhlas kah kita dlm persahabatan ....




Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela.

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kit apula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawankita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menhargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini&.dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbin atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..


Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata kata takkan bermakna jika dibiarkan kata kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja&

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa, dia juga ada kelemahan dan juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Kita selalu lihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.







psstttt : shoutmix aku dh kene delete ary tu, so sorry mesej2 yg aku x smpt bce tu, maaflah. insyaAllah, aku try jejak korang dalam Diari Sahabat Blogger.. :)

Saturday, February 4, 2012

Wahai Sahabatku...........

Kawan, suatu ketika mungkin kita pernah jatuh hati. Memendam rasa. Atau suka pada seseorang yang kita kagumi. Namun banyak sekali yang salah mengekspresikan cinta hingga ia terperdaya dengan cintanya. marilah kita alihkan energi cinta kita bukan untuk melihat. Bukan hanya untuk memikirkan bahwa hanya dirinyalah yang terbaik bagi kita. Namun untuk mempersiapkan. Sehingga jika suatu saat kelak Allah telah berikan kepada kita satu yang tepat untuk diri kita, kita akan komitmen dengan dirinya.
Sahabatku, para pencinta sejati bukanlah ia yang mengumbar-umbar pesona cintanya. Namun para pencinta adalah ia yang siap komitmen memberikan cintanya hanya untuk yang halal bagi dirinya.
Saudaraku, mari kita bangun cinta hingga cinta kekal sampai surga...

Di sini pernah ada rasa simpati
Di sini pernah ada rasa menggagumi
Rasa ingin memilikimu
Memasukkanmu ke dalam hati ini
Menjadi penghuni...

Mencuba berlindung di balik fitrahnya hati
Untuk mencari pembenaran diri...
Namun Ternyata semua hanya permainan nafsu

Untuk memburu cinta yang semu
Aku Tertipu...

Tuhanku berikanku cinta yang Kau titipkan
Bukan cinta yang pernah ku tanam

Aku ingin rasa cinta ini
Masih menjadi cinta perawan
Cinta yang hanya aku berikan
Saat ijab qabul telah tertunaikan

Tuhanku berikanku cinta yang Kau titipkan
Bukan cinta yang ku tanam...

Amin...






Thursday, December 15, 2011

Bila Lelaki Serius Bercinta

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…


Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.


Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.


Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah... 


Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.


Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.


Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja


Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.


Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.


Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.


Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.


Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.


sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.


Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi... kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek... 


Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.


Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.


Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.


Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.


Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..








rindu mula bertandang di hati, walau bukan status "kekasih", tapi, aku sayang dia sepenuh hati. jujur aku katakan, aku xpernah gile kt pompuan smpai cmni skali. tkpela, redho dengan ketentuan Ilahi