Wednesday, December 17, 2014

Hatinya tidak buta

Assalamualaikum, post kedua pada hari ni. Tadi masa di surau , ada sesi usrah , tak join pon sebab sibuk baca email. And terdengarlah pasal input lam usrah tu, yang menerangkan pasal kepentingan solat jemaah. Banyak jugak lah yang tersentap, insyaAllah dijadikan panduan. Kalau nak cerita panjang-panjang pon tak kan habis sebab inputnye agak banyak, so tadi dah Google and jumpa lah satu cerita berkaitan solat jemaah ni. Tapi ada je selit benda lain. Untuk pengetahuan, artikel cerita ini diambil dari www.islamituindah.my.



"Si Buta Yang Celik…

Abdullah Ibn Umm Maktum bukanlah seorang pembesar negara mahupun seorang ketua panglima perang tetapi sahabat yang buta ini adalah seorang yang begitu hampir dengan Rasullulah saw. Namanya terbaris sebagai salah seorang generasi al Quran yang unik kerana bumi Allah ini pernah dibasahi oleh ayat-ayat al Quran sebanyak dua kali kerananya.

Di antara kehebatannya yang tercatat di lembaran sejarah ialah apabila beliau telah dipilih oleh Rasulullah saw bersama Mus’ab Ibn Umair untuk meredahi padang pasir sebagai sahabat yang pertama berhijrah ke Madinah. Bayangkanlah bagaimana si buta ini boleh mengatur strategi hijrah yang begitu berisiko ini. Andai kata dia dan Mus’ab yang masih muda tersilap langkah, bukan sahaja nyawa mereka bakal melayang tetapi juga masa depan Islam di Madinah yang belum lagi menentu pada ketika itu.

Satu lagi kisah beliau yang cukup menarik yang berlaku di Madinah sebelum wafatnya Rasulullah saw ialah ketika beliau pernah meminta keringanan daripada Rasullulah saw untuk mengerjakan solat fardhu di rumah apabila beliau menjelang tua.

“Ibn Umm Maktum berkata: Wahai Rasulullah, saya seorang yang buta dan rumahku pula jauh dari masjid. Penunjuk jalan saya tidak serasi dengan diri saya. Adakah keringanan untuk saya bersolat di rumah? Rasulullah saw bertanya: “Adakah engkau mendengar azan?” Jawabku: Ya. Rasulullah saw bersabda: “Kamu tidak mendapat keringanan.” [HR Abu Daud No. 552, “Sahih”].

Beliau sebenarnya mempunyai banyak sebab yang mendorongnya untuk bertanya kepada Rasulullah saw. Di antaranya ialah :
Rumahnya jauh daripada masjid
Dia telah tua pada ketika itu
Badannya tidak kuat dan anggota badan semakin lemah
Matanya buta (atau rabun yang amat sangat)
Beliau terpaksa melalui ladang tamar
Beliau terpaksa meredahi sarang labah-labah (terutamanya solat subuh)




Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan ini, beliau tetap terus istiqamah bersolat lima waktu sehari semalam secara berjamaah di atas arahan Rasulullah. Beliau ke masjid dengan panduan tali yang diikat oleh para sahabat yang lain daripada rumahnya ke pohon-pohon tamar di sepanjang perjalanan sehinggalah sampai ke masjid. Begitulah iltizamnya beliau dengan amalan-amalan Islam.

Setelah Rasulullah saw wafat, Abdullah Ibn Umm maktum terus tinggal di Madinah sehinggalah umat Islam bersiap-siaga untuk menyertai peperangan Qaadisiyah iaitu peperangan yang akan menentukan jatuh bangunnya empayar Islam bagi menamatkan kezaliman Parsi. Jika para sahabat menang, maka akan jatuhlah empayar hebat yang digeruni ini dan akan tamatlah kezaliman mereka.

Beliau memohon kepada Umar al Khattab untuk pergi berjihad dengan katanya, “ Wahai Umar, tentera Islam memerlukan seseorang yang memegang janjinya. Berilah tanggung jawab itu kepadaku. Aku ini buta dan akan ku redahi semua yang di hadapanku. Engkau akan memerlukan orang yang tidak menjatuhkan atau membuat panji Islam tergelincir. Akulah orangnya. Aku akan mara ketika orang lain mengelak tikaman. Aku tidak mengelak tikaman dan englau memerlukan orang seperti aku…..”.

Umar memberikan keizinan ini setelah beliau berfikir panjang. Apa tidaknya, Abdullah Ibn Maktum telah terlebih awal memeluk Islam daripadanya. Malahan dia telah berhijrah ketika sahabat lain masih berlindung di Mekah dan dia telah mengIslamkan penduduk Madinah sebelum ketibaan Rasulullah saw. Bahlah juga kerana dua kali ayat Quran turun ke bumi kerananya.

Akhirnya cita-cita tertinggi Abdullah Ibn Umm Maktum tercapai apabila beliau menemui syahid di jalan Allah setelah berjuang bersama ribuan tentera yang dipimpin oleh Saad Ibn Abi Waqas.

Pengajarannya :
Kekurangan diri dan ketiadaan jawatan tidak menghalang seseorang insan untuk menjadi pencinta dan pendokong perubahan yang besar.
Perubahan dan kejayaan yang hebat tidak akan berlaku tanpa kesungguhan dan pengorbanan seseorang individu mahupun generasi seangkatannya.

Semoga kehebatan sahabat yang buta ini mampu kita warisi…
"

InsyaAllah.. Amin.. 

Sado di Universiti

Assalamualaikum w.b.t. Dah lama tak update. Maklumlah dah bergelar mahasiswa sekarang. Ingatkan life kat universiti ni macam yang dalam drama or hollywood movie gitu, yang enjoy-enjoy kelas tak banyak, boleh lepak-lepak, padahal, hampeh. Life kat U ni SEKSA lah sikit bagi aku. Sebab jauh menyimpang dari gambaran yang digambarkan dalam novel, drama or "whatsoever" yang cume mitos fantasi tu. Once dah bergelar mahasiswa, masa tu hati kita akan di-didik menjadi SADO. Assignment melambak, tak kira individu or group *yang group part menyakitkan hati bila dapat groupmate yang macam haraaaaaammmmmmm jadaaaahhhhhhhhh (baca 6 harakat ye panjangnye) , lepas tu dengan kuiz lagi. Walaupun kelas ada gap, tak macam matrik dulu yang kelas direct sampai petang, tapi still terasa penat, malah lebih penat dari matrik dulu kot. Mana taknye, dalam seminggu 3 assignment tak kira individu or group kene buat and discussion kene buat secepat mungkin tapi assignment yang lain pulak menghalang.

Tambahan lagi, DS (DesaSiswa) aku pulak luar kampus, so nak kena pergi kelas kena tunggu bas yang setiap 40minit selepas permulaan waktu baru sampai. Bayangkan kalau bangun lewat memang tak pergi kelas la jawabnye. And tambahan lagi, duduk di MuadzAmsterdam ni fuhlamak waktu pagi, sejuknya lain macam. Bayangkan nak bangun untuk kelas pukul 8.00 pagi. Naye la jugak nak bangun. Tapi jikalau lah korang tak pergi kelas, takde sesiapa menghalang. Malah lecturer pon tak kesah. "You datang ke, you taknak datang ke, depends on you lah. Bukan i yang belajar, bukan i yang nak dapat degree" . So hidup kenalah berdikari. Kelas wajib pergi. Attendence kene cantik/penuh. Kalau tak pergi 3 kali dapat first warning letter, then tak datang lagi 3 kali selepas tu dapat second warning letter, then tak datang lagi lepas tu, terus kena BAR.. Act tak tahu sangat maksud bar ni, tapi yang pasti korang takleh amek final exam.

Lagi satu bab kawan, Alhamdulillah dapat jumpa kawan yang okey, yang ada insiatif untuk belajar, ingatkan aku kepada Allah, and housemate pon sama. Kat U, memang kena pandai cari kawan, dapat kawan yang OKEY, so okey lah kita. Tapi kalau dapat yang sebaliknya, mungkin kita pon akan hanyut dibawa arus enjoy all the time. Then exam lingkup, loan kena tarik, repeat paper, menangis. Tu lah problem yang selalu berlaku kat U ni. Nauzubillah, harap-harap dijauhkan. Satu lagi, ada pernah sahabat di usrah RSSR dulu cakap, "Nak cari kawan, ada di mana-mana, tapi nak cari sahabat, sahabat yang boleh bantu kita di dunia dan akhirat, carilah di surau yang sentiasa ada wajahnya ketika solat jemaah, ada ceramah agama, insyaAllah jika kita bersahabat dengan orang tu, kita juga dapat kebaikan dan keberkatan". Sebab tu lah adanya quotes "sahabat fillah", bersahabat kerana Allah. Bila niat kita bersahabat keranaNya, kita akan dapat keberkatan dalam persahabatan, so bila ada berkat, takdelah berlaku perkara-perkara yang tidak elok. So aspek kawan ni penting jugak, tambah-tambah lagi kita ni remaja, hati masih lagi panas, nak je cuba something yang baru. Think wisely ye sebelum buat ape-ape.

Serba sedikit perkongsian ini diharap dapat membantu sahabat-sahabat di luar sana yang bakal menempuh alam Universiti. Walaupun baru first year, tapi pengalaman yang dapat tu cukup mengajar aku, kenapa hati perlu sado untuk tempuh life di Universiti. Akhir kalam, carilah Allah dulu, sebelum cari dunia. InsyaAllah kita mendapat kesenangan. Assalamualaikum.