Tuesday, November 29, 2011

Pentingnya Solat....

salam guys,, em, tadi aq bukak satu website ni, n ade satu  cerita yang mengegarkan hati aku, yang membuat air mata lelaki aku jatuh. mari sama2 kita manfaati. :)




Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa
mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia
harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa
mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu meluncur di jalan
raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih 2 jam..Bersama
dengan isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki,
mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka masih
muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi
mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari
sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika
mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena.
Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan
mengantuk. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata.
Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Maghrib. Kalau
tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat
Maghrib.

"Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap." Wajah Rashid kelihatan keruh.
Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah
sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan
kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak
pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia
memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempan.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah
kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. Selalunya
Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta Atau membasahkan tekak di medan
selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan.

Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia Menghentikan kereta,
meminta Zakiah turun.

"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan.
"Kiah pergilah... abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid
mudah. Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid
memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga
semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.

"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha... terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."
"Tak apa... kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti." Zakiah tidak
membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi
jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin
mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati
tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang
lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang
keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran. Serentak dengan itu kereta
yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke
bawah.

Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha
keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak
sedarkan diri.

"Ya Allah... selamatkan kami... " bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah,
darah merah mengalir. Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah
terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana
kaki Rashid tersepit.
"Tersepit... tak boleh tarik... Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang
perempuan ke hospital." Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah
S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!" Anehnya Rashid tidak
merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa
dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.

"Tolong saya, encik... " pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap... cik... berdoa kepada Allah... cik akan selamat."
"Sabar encik... tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai." Kata-kata
memberi semangat silih berganti menusuk telinganya.Dengan keremangan malam,
Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu.Syukur. Pandangannya
tertunpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan
berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya
memegang tasbih.
"Ya Allah... selamatkanlah aku... "

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba.Pasukan bomba dengan
tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari
himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila
salah seorang anggota bomba bersuara.
"Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik... kenapa tak boleh keluar?" Usaha
untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan.
Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang
menghimpitnya.
Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya.
"Ini bukan kerja manusia macam kita... kena panggil orang yang tahu... "
terdengar sebuat pendapat. Rashid semakin gementar. Doanya tidak
putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan
seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak
melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

"Tuan... tolong saya tuan... "
"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala... "
"Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan... "
"Kamu berdoa kepada siapa?" Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki
itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk
bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim.
"Sudah tentulah pada Allah."
"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"

Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah
pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap
seperti orang yang tidak berilmu.

"Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanyamendirikan
sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak
pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah.
Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!" Tenggorok Rashid
terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas kesilapannya
selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.

Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan
Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia
menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula
terasa.Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu
bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama
kemudian dia tidak sedarkan diri.

"Abang... bang! Abang!!"
Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah
isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya
mereka mampu keluar dari bencana.

"Sedapnya tidur... naik serak suara Kiah mengejutkan abang... "
Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah!
Dia masih berada di tempat rehat.

"Kiah tunggu sekejap... abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil
terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah di
bibirnya.

Anas menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :- "ALLAH
S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS
SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID,
KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN
PADA WAKTU TENGAH MALA
M".

















sumber: http://alcapacino.blogspot.com

No comments:

Post a Comment