Friday, June 15, 2012

Anda Dewasa ?

Assalamualaikum......

Haaa, kali ni aku bercerita tentang kedewasaan kita semua. Kebanyak readers2 aku masih bersekolah, dan adakah anda semua merasa anda cukup dewasa sekarang, saat, waktu dan tika ini? *acece ayat.. 


Nak jadi dewasa bukan senang tau. Kena hati2 dalam setiap perkara. Harus menjadi matang dalam sesuatu hal, dari segi pemikiran dan perbuatan. Semua itu diambil kira untuk menjadi seorang yang betul2 dewasa. Korang cakap senang, "Weyy, aku dah dewasa la, dah besar, tau la ape aku nak buat, kau x yah sibuk !" haddooww, kau cakap cam cipan je kan. Kau tau ape maksud DEWASA ? Lau x tau, meh sini aku nak buat kau tau.

Bermulanya......



Bila anda dewasa, anda akan :~




- Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai

- Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

- Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

- Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka

- Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat

- Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain

- Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda

- Anda dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya

- Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

- Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang

- Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati

- Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu

- Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif

- Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna

- Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya

- Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai

- Anda dapat menwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka

- Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa mengambil apa-apa kesempatan ke atas mereka

- Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara baik, disenangi dan dihormati mereka.

Haa, korang cukup ke sifat2 cmtu ?? Lau x cukup, x usah nak berangan la ye, kononnye kau la yang dewasa, orang lain tak. So, fikir2kanlah, renungkan, hayatilah ... 

No comments:

Post a Comment