Sunday, June 24, 2012

Sepi Itu Indah .....

kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri,itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi.Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi.


Jika anda terus berteka teki sedang teka teki itu tidak akan anda temui jawapannya,ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.


Maka katakanlah pada diri ,kali ini kta biarkanlah perpisahan ini,satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba rasa kehilangan dan diperlukan,antara rela dengan tidak ,walau kau lebih tahu ,tak ada yang lebih berharga selain dirimu,jua aku tak mungkin dapat melupakanmu..


Itu lebih bererti sebab ada kalanya perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan.Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan maka andalah lebih baik melangkah pergi.Adakalnya kita perlu melangkah ke belakang untuk mengorak langkah lebih pantas kedepan.Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini,kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.


Katakan,"Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta ku dapat,kenapa ada derita bila bahagia tercipta,kenapa ada sang hitam bila putih menyenangkan,aku pergi tanpa dendam,kuterima kekalahanku."


Ada waktunya sepi menjadi lebih indah kerana disaat itu kita ada ruang untuk mengingati,merindui.Cinta itu indah bila ada urusan beri dan ambil.Jika hanya memberi dan dan tidak sudi mengambil,semua urusan akn jadi payah.
Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati.Hati kita milik kita,bawa hati itu dan pergilah dari situ.







~artikel ini dikongsi daripada alcapacino. :)~

No comments:

Post a Comment